realme Buds Air Cuma RM 199 Sahaja Pada 21 Januari 2020?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

realme Buds Air Cuma RM 199 Sahaja Pada 21 Januari 2020? ~ realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang waktu ini telah mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan iaitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga siri kelima (5) realme. Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk IoT pertama realme.

”Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu (1) lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu (1) Iagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.”

-kata Tiffany Teh seIaku Pengurus Jenama realme Malaysia

realme 5i – Quad Camera Battery Hero:
Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.06Hz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. la dilengkapl dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari.
realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga (3) kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, la tersedia dengan quad kamera ultra lebar 119 ‘ lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang Iebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak.
Bagi nilai estetik, realme 5i mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di industri. realme 5i boleh didapati pada dua (2) warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.
realme Buds Air – True Wireless, Smart Assistant:
Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.
Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

realme Buds Air juga dilengkap dua (2) mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggilan contohnya, suara anda akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalul kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Alr mempunyal bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga anda.

Produk ini turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hldup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca. Harga runcit adalah RM 299 tetapi pada 21 Januari 2020 akan dijual pada harga RM 199 dimana ianya mampu milik ya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut realme Malaysia.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top