QUINTON AKADEMI LANCAR PUSAT SENI KREATIF SKYCAC, BEST!

QUINTON AKADEMI LANCAR PUSAT SENI KREATIF SKYCAC, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ini KP pernah berkongsi tentang pertandingan Celebrity Superstar Asia. Kerjasama antara Broadway Academy, Quinton Alademi dan Lomo Pictures. Ini berita terbaru tentang Quinton Akademi.

QUINTON AKADEMI

Quinton Group menubuhkan Quinton Akademi sebagai tempat lahirnya bakat filem dan seni. Ia demi menyediakan pelbagai bidang akademik pilihan kepada pelajar yang berminat dalam industri perfileman dan seni persembahan.

Dengan penekanan teori dan amalan filem melalui kursus, membantu pelajar untuk menemui kerjaya perfileman mereka sekaligus membawa industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

10 SIJIL PROFESSIONAL BARU

Quinton Akademi telah menubuhkan 10 sijil profesional baharu. Antaranya Sinematografi, Pengeluaran Bunyi, Teater dan Lakonan, Teater Muzikal, Penulisan Kreatif.

Ada juga Pengarah Kandungan, Persembahan Muzik, Koreografi Stunt, Pengurusan Produksi, dan Penjenamaan KOL dan Siaran Langsung,

Quinton Group, di asaskan syarikat Lomo Pictures Sdn Bhd yang juga merupakan milik penerbit terkenal, Aron Koh dengan kerjasama “Penulis Skrip Jutaan” merangkap pengarah, Ryon Lee.

ARON KOH

Aron Koh telah lama berkecimpung dalam industri perfileman Malaysia selama bertahun-tahun. Kejayaan dalam menghasilkan banyak filem tempatan yang berkualiti, sekaligus membantu meningkatkan pasaran filem tempatan, Hong Kong dan Taiwan.

RYON LEE

Sementara itu, “Penulis Skrip Jutaan”, Ryon Lee juga telah bekerjasama dengan Aron dalam beberapa filem termasuk “Show Me Your Love”, “Hounted Hotel”, “Walk With Me”, “House Of Happiness”.

“Smalltown Heroes” dan sebagainya,berjaya menempatkan diri dalam dunia perfileman setelah ,memiliki reputasi dan kejayaan “box office” dalam industri Filem Malaysia.

BAKAT ADALAH ELEMEN PENTING?

Sebagai penerbit berpengalaman di Malaysia, saya selalu fikir “bakat” adalah elemen terpenting dalam industri. Terdapat ramai bakat di Malaysia tetapi kekurangan peluang dan platform untuk mempamerkan kemahiran mereka.

Oleh itu, tujuan utama kami untuk membuka Quinton Akademi adalah untuk menemui lebih ramai bakat yang bersemangat dalam industri perfileman. Memberi mereka latihan dan bantuan untuk membantu meningkatkan industri terutamanya dalam Malaysia.”

PENSYARAH PROFESSIONAL

Tambahan pula, Quinton Akademi terdiri daripada ramai pensyarah profesional dan berkelayakan. Ketika ini akademi itu terdiri daripada pelbagai pengarah tempatan, penulis skrip, pelakon dan lebih ramai lagi profesional tempatan.

KERJASAMA DENGAN PELBAGAI AKADEMI

Pada masa akan datang, mereka akan bekerjasama Kolej Universiti Lincoln, Akademi Broadway dan Akademi Filem New York. Manakala menjemput pelbagai bakat profesional dan profesor dari Itali, Australia dan lain-lain negara sebagai pensyarah.

Ini untuk bekerjasama dan memenuhi visi akademi demi memupuk lebih banyak lagi bakat dalam seni perfileman dan industri produksi

PUSAT SENI KREATIF SKYCAC

Quinton Akademi turut menubuhkan SKYCAC (Pusat Seni Kreatif) sebagai pusat persembahan, penerbitan filem, platform filem dan budaya serta pelbagai guna pusat seni kreatif.

Pusat Seni Kreatif Skycac menawarkan pelbagai pilihan akademik kepada pelajar yang berminat dalam filem dan industri seni persembahan.

Selain memupuk penerbitan filem dan persembahan seni yang cemerlang, berbakat dalam membantu perkembangan industri pada masa hadapan.

Bukan sahaja untuk mencari bakat tempatan, tetapi juga untuk membantu mereka mengejar impian mereka.

Serta menyokong dan mempromosikan kumpulan seni tempatan untuk bersinar di platform filem Antarabangsa.

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

GALAXY BUDS COMPARISON – FINDING THE RIGHT ONE FOR YOU!

Next Post

MEDLEY KLASIK SITI 2 DARI DATO’ SRI SITI NURHALIZA, BEST!

Related Posts