Quaker Oats Enak Di Nikmati Sebagai Hidangan Di Pagi Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Quaker Oats Enak Di Nikmati Sebagai Hidangan Di Pagi Raya |Hari Raya menjelang tiba dan pastinya tertanya-tanya apakah menu yang enak untuk di nikmati dan dihidang pada tetamu? Pastinya lemang, ketupat, rendang, nasi impit, kuah kacang, lodeh dan sebagainya menjadi hidang utama. Pernah terfikir tak untuk mengidangkan oats di pagi raya. Yupp.. hidangan ini adalah yang paling enak kerana ia padat dengan nutrisi dimana ianya makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah

Well, ramai yang tahu akan kebaikan oats bukan ? Dimana Quaker Oats bukanlah jenama baru didalam dunia dan telah dikenali seluruh pelusuk negeri mahupun negara. Menjadi no 1 di Dunia menyenangkan proses dimana ianya lebih mudah untuk diperbaharui dengan mengabungkan dalam resepi baru. Lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum
Selain itu Quaker Oats menggunakan bijirin penuh agar nutrisi didalamnya di kekalkan dimana ia baik untuk kesihatan. Mempunyai Vitamin B , endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabilakita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisipenting. Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”
kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.
Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat d engan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain
Cereal dan Biskut Onde – Onde Oatmeal! Jom check it out resipi yang ada ye
Biskut Oat Onde
Bahan-bahan yang diperlukan
130g Quaker Instant Oatmeal
 130g tepung
20g kelapa parut kering
 20g serbuk santan
 ½ sudu teh soda penaik
 ¼ sudu teh garam
 125g marjerin
 30g gula perang
50g gula kabung (gula melaka), diparut
60ml minyak canola
1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
Gula melaka cair (untuk hiasan)
Kelapa parut kering (untuk hiasan)
Cara
1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
4.Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih.
Hidangkan panas atau sejuk
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, layari
Website Quaker: www.quaker.com.my
Facebook Quaker : www.facebook.com/Quaker



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top