QSR BRANDS TAWAR COMBO MEAL RAHMAH KFC DAN PIZZA HUT, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rata-rata Menu Rahmah diperkenalkan tidak kira restoran, gerai mahupun restoran makanan segera.

QSR BRANDS

Kali ini pihak QSR Brands tidak mahu ketinggalan, dimana turut serta menyokong dalam menyediakan Menu Rahmah atau Meal Rahmah.

COMBO MEAL RAHMAH

Ianya adalah dari rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu KFC dan Pizza Hut. Dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub- Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup [KPDN].

Kelainan Combo Meal Rahmah dengan restoran makanan segera adalah anda boleh membelinya dari Isnin hingga Jumaat, jam 2 petang hingga 5 petang.

Untuk anda peminat KFC, hidangan ini ditawarkan pada harga RM5.00 setiap kombo. Terhad kepada 4 kombo untuk setiap pelanggan, setiap transaksi.

1 ketul ayam pilihan, roti butterscotch dan air mineral

Buat peminat Pizza Hut, hidangan ini ditawarkan pada harga RM5.00 setiap kombo. Setiap transaksi satu kombo

1 Fun 5 Flavours Personal Pizza dan air mineral

LOKASI DIMANA BOLEH DIBELI

Hidangan Menu RAHMAH ini boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara. Kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal)

INSIATIF MENU RAHMAH

Ini adalah insiatif terbaru dari Kerajaan untuk membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang bawah RM5.00

Ia juga adalah Private Driven Initiatuve atau insiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

Insiatif ini membantu rakyat MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikan harga makanan siap di masak.

    PORTAL KPDN

    KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan. Menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

    KPDN telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH . Untuk peniaga pun ada dimana boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari:

    Website KPDN | Contact 03- 8882 5881/ 5905 |Email: spip@kpdn.gov.my

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      CommentLuv badge