Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Protégé Mentor Otai Telah Dikenal Pasti Dalam Episod Pertama |Malam semalam telah berlangsung episod pertama Mentor Otai dimana kesemua mentor telah mengumumkan dua orang protégé pilihan mereka. Kini, lapan orang protégé yang akan berentap dalam Konsert Mingguan Mentor Otai adalah Azran & Elvira (Misha Omar), Alina & Ayie (Siti Sarah), Azril & Wan (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin). Mereka akan berebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM170,000 bermula 25 Mac 2018 ini.

Kesemua Protégé Mentor Otai akan membuat persembahan pada setiap minggu dan diadili oleh juri tetap yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan dijumlahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai yang akan dibuka bermula 25 Mac 2018. Protégé yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Team Misha – Elvira

Azlan 

Team Sarah – Alina

Ayie

Dalam pertandingan nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerahkan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protégé juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000. Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otai adalah RM50,000 dan tempat ketiga adalah berjumlah RM20,000.

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini juga menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Team Tam Spider – AJ

Wan 

Team Zarul – Lokman

Azee

Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, Geng Strim Live HD tonton serta geng radio Kool FM.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otai setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Buat para peminat yang ingin menyaksikan Mentor Otai secara langsung, kehadiran anda dialu-alukan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan masuk adalah percuma! Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.



 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge