PRODUCT

Trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels DiLancarkan

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels DiLancarkan|Pada yang menggemar Vitagen pastinya anda tahu bahawa ia dapat membantu memberi pendidikan pada orang ramai akan pentingnya menjaga sistem penghadaman agar perut sentiasa sihat.

Inisiatif pendidikan VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini memaparkan sebuah trak yang dilengkapi dengan maklumat pendidikan mengenai probiotik: Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus paracasei, iaitu bakteria ‘baik’ yang membekalkan pelbagai manfaat kesihatan untuk sistem penghadaman sekiranya diambil dengan secukupnya.

IMG_9343 copy

Trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels akan dikelolai oleh Jururawat Gastroenterologi dan pakar pemakanan yang akan menyediakan analisis dan nasihat kesihatan sistem penghadaman mengenai cara menjaganya kepada orang ramai

Trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels yang direka khas ini akan berada di 30 buah lokasi, menyediakan pemeriksaan serta rundingan kesihatan. Orang ramai yang mengunjungi trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini boleh menjalani saringan kesihatan sistem penghadaman daripada pakar pemakanan, menerima kaunseling dan kit ujian najis daripada Jururawat Gastroenterologi, dan mempelajari cara untuk kekal cergas daripada perunding kecergasan.

 

Selain mempamerkan hasil kajian terkini dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), trak ini juga dilengkapi dengan permainan interaktif mengenai kesihatan sistem penghadaman, sampel produk dan promosi jualan.hdr

“VITAGEN Digestive Health On-Wheels ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan sistem penghadaman menggunakan trak bergerak yang pertama seumpamanya bagi mendidik pengguna melalui cara yang lebih kreatif dan menarik melibatkan mereka. Sebagai peneraju dalam kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN memperkenalkan inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan probiotik dalam sistem penghadaman yang sihat.

Sebagaimana yang disahkan oleh kajian terkini oleh PPUKM, sistem penghadaman yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan. Lebih banyak kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman berfungsi sebagai otak kedua kita. Oleh itu, orang ramai perlu sedar bahawa sistem penghadaman amat penting untuk kesejahteraan keseluruhan dan mengetahui cara menjaganya akan membantu menangani pelbagai masalah kesihatan.

Sebagai peneraju kesihatan sistem penghadaman di Malaysia, VITAGEN bertekad untuk menggalakkan kepentingan sistem penghadaman yang sihat.Satu cara mudah untuk memperoleh sistem penghadaman sihat yang boleh meningkatkan imuniti, kejelasan mental dan emosi adalah dengan mengambil probiotik dalam bentuk Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus paracasei setiap hari. ”

-Encik Poh Eng Lip, Pengurus Besar VITAGEN.

Hasil penyelidikan klinikal PPUKM yang diketuai oleh Pakar Perunding Gastroenterologi, Profesor Madya Perubatan, Ketua, Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, YM Dr. Raja Affendi Raja Ali – menunjukkan bahawa strain probiotik Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei dalam VITAGEN mempunyai kesan positif ke atas kesihatan sistem penghadaman dan sistem imun kerana kira-kira 70-80% daripada sistem imuniti terletak dalam sistem penghadaman.

Kajian tersebut menunjukkan bahawa 96% daripada responden mengalami simptom sembelit yang berkurangan manakala 45% daripada responden menghabiskan masa yang lebih singkat dalam tandas.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa dengan mengambil probiotik yang terkandung dalam VITAGEN, tubuh badan menghasilkan radang bahan kimia yang lebih rendah. Ini membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun. Sebanyak 73% daripada responden yang mengalami sindrom usus rengsa (IBS) telah meraih manfaat meningkatkan imuniti.

TRAK KEMPEN VITAGEN DIGESTIVE HEALTH ON-WHEELS

 Trak VITAGEN Digestive Health On-Wheels bergerak kesihatan sistem penghadaman yang pertama seumpamanya
 Saiz Trak: 27’ panjang x 7.5’ lebar x 12’ tinggi
 Akan berada di 30 lokasi di seluruh Lembah Klang
 Dikelolai jururawat gastroenterologi dan pakar pemakanan

AKTIVITI UNTUK ORANG RAMAI DI TRAK VITAGEN Digestive Health On-Wheels
 Pameran VITAGEN dan Hasil Kajian Penyelidikan PPUKM
 Saringan kesihatan penghadaman yang dijalankan oleh jururawat gastroenterologi
 Pengedaran Kit Ujian Najis
 Nasihat pemakanan dan makanan yang sihat oleh pakar pemakanan
 Nasihat kecergasan oleh perunding kecergasan
 Cabaran Interaktif mengenai Kesihatan Sistem Penghadaman
 Video multimedia mengenai Hasil Penyelidikan VITAGEN oleh PPUKM
 Sampel dan jualan produk VITAGEN Kurang Gula
VITAGEN – Asli, Kurang Gula dan Kolagen

Berbilion kultur probiotik hidup yang terdapat dalam VITAGEN telah dirumus untuk melalui saluran gastrousus sambil membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya. Apabila berada di dalam, kultur ini membantu penghadaman yang lebih baik dan sistem imuniti yang lebih kuat bagi menghasilkan sistem penghadaman yang lebih sihat, di samping meningkatkan imuniti badan untuk melawan penyakit.

Apabila kita berasa gembira, 95 peratus daripada Seratonin – bahan kimia yang menyumbang kepada kesihatan emosi, kesejahteraan dan kebahagiaan di antara lain – didapati dalam sistem penghadaman di mana probiotik di sana bertindak sebagai pengutus neuro untuk mencetuskan emosi ‘perasaan gembira’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vitagen.com.my