PRODUCT

TOKUYA Acoris Plaza Mont Kiara – Buat Anda Peminat Barangan Jepun

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TOKUYA Acoris Plaza Mont Kiara – Buat Anda Peminat Barangan Jepun | Siapa peminat barangan Jepun ??? Angkat tangan cepat !!!! KP pun minat wei, sanggup pi redah dimana sahaja outlet baru yang dibuka. Barangan yang ada pastinya mempunyai kelainan tersendiri bukan ? Tokuya sebelum ini berlokasi di 1 Mont Kiara dan kini dibuka kembali di lokasi yang lebih luas dan pastinya lebih barangan buat para pengunjung yang datang di Acoris Plaza Mont Kiara. Tak sampai 10 minit dari lokasi lama pun, masih di area yang sama lokasi berbeza

Barangan di sini akan di kemas kinikan dengan produk -produk terbaru agar memberi kepuasan buat anda yang datang. Semuanya originally dari Jepun dan dikilangkan pun di Jepun so pasti anda tahu bagaimana kualiti produk ini bukan . Nak di jadikan cerita bukan setakat 1,000 produk di bawa masuk dengar-dengar lebih dari 5,000 produk . Haa .. mau tak rambang mata nanti bila shopping. Ini baru sikit, meh KP sharekan dengan anda apa yang sempat KP rakam dan sambar sewaktu mengunjungi Tokuya sewaktu hari pembukaannya. So bersedia ye semua dengan gambar-gambar yang bakal melalui minda anda ye . Mulakan dengan dari pintu masuk , luaskan kawasannya .. Itu belum tengok lagi apa yang ada

Pinggan mangkuk

Kalau nak makan ala ala Chinese pun ada tinggal nak pilih sahaja- nie koleksi merah

Nie koleksi warna pink and cawan untuk minum pagi/petang

Pinggan -mangkuk

Barang perhiasan – yang nie, dah 2 item dari sini KP beli next round lain collection pula

Barangan dapur – Nak yang kayu ada

Nak yang besi pun ada,

Nak satu set barangan dapur pun ada

Belum lagi perhiasaan tuk dapur

Salah satu port yang KP lepak dalam 1 jam untuk pilih saiz dan kalau ada warna lagi lamalah lepak sini

 

Mainan – yang ini kalau tak tahu cara bagaiman nak bermain boleh sahaja rujuk di belakang ada arahan dalam gambar untuk anda

Stationary

Jahitan 

Grooming untuk kucing or anjing pun ada .. siap ada collar lagi wei 

Nie last KP share ye .. Tak lengkap kalau tiada penyapu, mop untuk kemas rumah kan .. Sini pun ada tau

Yang ini memang KP suka sebab cute. nak pakai pun rasa sayang hahahah..

Haa ,..KP buat game ngan hubby beli barang-barang di Tokuya dengan RM 100 , Nak tengok berapa barang yang dapat dibeli dengan jumlah tu. Guess what banyak juga . Barangan dekat sini dari RM 5.00 ke atas dan memang amat berpatutan jua harga mampu milik. Tak salah kalau sekali sekala kite bertukar arah membeli barangan dengan bebelanja sejimat yang boleh . Barang nie tak termasuk dengan 2 plastik container ye .. dari barangan dapur, toilet, pewangi, barang kasut, cotton facial, dan paling penting bekas isi barangan jahitan

so kalau anda semua nak terjah cam KP buat apa kata layan

Facebook TOKUYA : https://m.facebook.com/TOKUYAMY/

Alamat TOKUYA : ARCORIS PLAZA. LG1-6 & LG1-7. Jalan Kiara Road, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur , Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia