PRODUCT

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 Dari Faber-Castell Malaysia

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 Dari Faber-Castell Malaysia |Faber-Castell Malaysia melancarkan Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 &48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsung hingga awal Januari 2019.

Faber-Castell Malaysia

Lebih menarik lagi, ia turut menyertakan sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagakan bersama contoh karya mewarna yang mengagumkan hasilan daripada pensel warna Faber- Castell.

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang BAHARU dari Faber-Castell direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan. Tambahan pula, kotaknya yang nipis dan padat mengurangkan ruang simpanan (contohnya beg sekolah) supaya ia boleh dibawa dan digunakan di mana- mana mengikut kesesuaian pengguna.

“Reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bagi pelbagai jenis pensel warnanya (iaitu 12, 24, 36 & 48 warna), bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai. Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, pengguna terutamanya kanak-kanak sekolah akan berasa lebih seronok dan bersemangat untuk membawanya ke mana-mana dan seterusnya dapat menikmati keseronokan melukis dan mewarna dengan kreatif menggunakan pensel warna
Faber-Castell,”

-Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia

Antara produk terkemuka dari Faber-Castell termasuklah Air Gel Pen yang dilengkapi ciri-ciri dakwat yang cepat kering dan genggaman yang lembut (rujuk kepada Lebaran Maklumat Faber-Castell untuk maklumat lanjut). Inovasi produk terkini lain dari Faber-Castell yang terdapat di pasaran adalah Stamp Markers (6 &10 warna), pengasah pensel (UFO, Panda Table Top & Bear Table Top), pensel mekanikal (Shark & Bubble), pemadam (Seaworld), pen mata bulat & pen gel (WinBall, Eco Gel, Air Gel &Super Clip Gel), isian semula marker papan putih dan highlighter (Textliner 18). Harga produk alat tulis Faber-Castell bermula dari RM1.30 ke atas.

sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumkan pembabitan syarikat tersebut dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanak-kanak di 40 buah rumah amal di seluruh negara.

“Kejayaan Faber-Castell Malaysia sepanjang 40 tahun ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan umum. Oleh itu, kami sentiasa berpegang kepada prinsip berbakti kepada masyarakat. Dengan memberikan produk alat tulis yang paling berkualiti kepada kanak- kanak yang kurang bernasib baik, Faber-Castell Malaysia berharap dapat menaikkan semangat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini sambil menyerikan meja mereka dengan kelengkapan peralatan tulis untuk penggal persekolahan yang akan datang,”

-Ivy Leong, Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 atau Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia , layari

Facebook Faber-Castell Malaysia : https://www.facebook.com/fabercastell.malaysia