PRODUCT

SAFI DERMASAFE Produk Penjagaan Wajah Mesra Kulit

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SAFI DERMASAFE Produk Penjagaan Wajah Mesra Kulit | Dengan cuaca yang semakin panas pastinya jerawat bakal menyinggah di wajah anda. Bagaimana ingin menjaga agar kulit wajah menjadi lebih cantik berseri dan segar selalu. Semua ini ada penyelesaiannya dimana produk baru iaitu SAFI DERMASAFE sudah berada di pasaran.From left Ms Pan Choi Yen, Ms Caryn Loh, Mr Sriram Krishnamurthy and Ms Mahsuri Sulaiman.JPG

SAFI DERMASAFE adalah kesinambungan produk kecantikan terbaharu daripada SAFI dimana ianya adalah produk jenama HALAL no 1 di Malaysia. Dengan hasil komitmen yang berterusan didalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI atau nama penuhnya SAFI Excellence in Research and Innovation, ianya adalah diantara makmal produk Halal terbesar di dunia

Safi Dermasafe skincare range

Rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembab dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian produk ini turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.

“Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona.”

Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

-Aishah Zulkifli, Eksekutif Jenama SAFI.

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini.

Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.”

-Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan

Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu:

  • SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
  • SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
  • SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
  • SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
  • SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

Rangkaian produk dipasarkan pada harga antara RM19.90 hingga RM48.90 dan boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari :

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.