FESYEN PRODUCT

ArianiXGuardian Berkolaborasi Untuk Edisi Lebaran 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ArianiXGuardian Berkolaborasi Untuk Edisi Lebaran 2018| Untuk tahun ini ,, buat julung kalinya dimana Guardian Malaysia berkolaborasi bersama Ariani (jenama fesyen tudung terkemuka) untuk edisi lebaran 2018. Koleksi tudung eksklusif Edisi Lebaran sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba kurang dari 1 bulan . Koleksi ArianiXGuardian boleh didapati dimana mana cawangan Guardian

ArianiXGuardian Edisi Lebaran’ dihasilkan daripada material berkualiti dengan EMPAT rekaan anggun berilhamkan flora di Malaysia dan paduan warna-warna menarik untuk digayakan lebaran nanti dimana ianya adalah eksklusif buat anda peminat setia Guardian . Ms Anna Hull, Pengarah Barangan Guardian Health And Beauty Sdn Bhd berkata:

“Kami memperkenalkan koleksi rekaan istimewa ini, khas sebelum Ramadan, agar pelanggan boleh mendapatkan skarf dan selendang yang menawan dan berkualiti ini untuk digayakan pada Hari Raya nanti. Cetakan eksklusif skarf ini hadir dalam empat corak segar dan elegan. Ia dihasilkan daripada material berkualiti yang ringan dan tahan lasak, boleh disuaikan dengan pelbagai gaya, mudah serta selesa dipakai. Kami yakin dengan kualiti seperti ini, para pelanggan kami pasti tertarik untuk mendapatkannya untuk Hari Raya nanti.”

“Walaupun Guardian Malaysia merupakan sebuah jenama kesihatan dan kecantikan, pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami. Dalam perancangan untuk Ramadan dan Hari Raya, kami percaya para pelanggan kami ingin memiliki tudung terbaik; dan yang lebih utama, pada harga yang memberi nilai kepada wang mereka!. Untuk mendapatkan tudung tersebut, tiada pembelian minimum diperlukan. Pelanggan hanya perlu membeli satu produk daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian, untuk layak membeli mana-mana skarf tersebut. Jika anda tidak membeli untuk diri sendiri, ia juga boleh diberikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu, isteri atau sahabat handai.”

Datin Farah Haryani, Pengarah Pemasaran Ariani, berkongsi pandangan tentang kolaborasi dan koleksi skarf rekaan eksklusif itu, berkata:

“Pengertian kecantikan dari dalam melalui penggunaan produk di stor Guardian kini dimantapkan lagi dengan pemakaian tudung ARIANI, yang mana semuanya boleh didapati di bawah satu bumbung!”

Beliau berkata, ARIANI, sebuah anak syarikat Kumpulan JAKEL, telah menghasilkan koleksi skarf ‘Edisi Lebaran’ dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras:

  • keeksklusifan
  • kesopanan
  • kontemporari.

Di antara 4 koleksi yang ditampilkan ialah

Essential Basic Shawl

Blooming Printed Shawl

Florescence Premium Shawl

Blush Printed Square

Sepanjang tempoh promosi dua bulan, iaitu dari 1 Mei hingga 27 Jun, tudung-tudung tersebut boleh dibeli pada separuh harga iaitu antara RM29.90 hingga RM89.90, dimana 54 ke 57 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang disyorkan.

MEKANIK BELIAN DENGAN BELIAN:

  • Untuk setiap pembelian dengan SATU barangan jenama yang mengambil bahagian, pelanggan layak untuk membeli SATU skarf untuk satu corak
  • Dalam erti kata lain, pelanggan layak untuk membeli sebanyak EMPAT helai tudung, iaitu sehelai untuk setiap corak
  • Pelanggan yang membeli DUA produk daripada jenama yang mengambil bahagian pula, layak untuk membeli DUA helai tudung untuk setiap corak.

Antara jenama utama yang mengambil bahagian adalah : Dermo Expertise, Maybelline, Pantene, Safi, dan Thymos.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Website Guardian: www.guardian.com.my