PRODUCT TERKINI

Applikasi Blockchain Bakal Merubah Negara Malaysia Atau DiSebaliknya?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Applikasi Blockchain Bakal Merubah Negara Malaysia Atau DiSebaliknya? | Blockchain bukanlah sesuatu yang baru dalam zaman digital dan moden ini . Tetapi fahamkah kita akan maksud secara teperinci tentang applikasi blockchain ini? Apakah keuntungan, kebaikan mahupun kekurangan (jika ada) apabila menggunakan applikasi ini. Yang terbaru KP dengar negara lain sudah mulai menggunakan applikasi blockchain ini dalam kehidupan seharian , tetapi nampaknya Malaysia belum lagi .

Kemajuan negara dan diri sendiri sebenarnya terletak di sini. Di tangan anda sendiri cuma bila kita perlu untuk mulakan dan gunakannya. Berani untuk meneroka teknologi dan applikasi ini dalam zaman digital ini andalah juara!! Dapat bertemu dan mengenali dengan lebih lanjut tentang applikasi blockchain ini sedikit sebanyak dapat membantu KP memahami dengan lebih mendalam. Penerangan daripada pengasas teknologi blockchain di Malaysia, BCMY Pte. Ltd. (BCMY),  Dato  Azrainuddin Zainal yang turut ditemani isterinya, pengasas bersama, Datin Nur Ezdiani Baharoddin memberi gambaran untuk KP memahami dan mengerti kelebihan blockchain ini/

Pendekatan secara santai tetapi penuh dengan informasi telah diadakan di cafe Blockspace yang terletak di Batu Caves, Gombak. Bukan setakat pejabat dan cafe tetapi mempunyai mini auditorim sendiri untuk memberi atau berkongsi pendapat dan penerangan. Kali ini di kongsikan arah tuju blockchain.my dalam membantu jua menyumbang pada negara untuk memajukan Malaysia sebaris dengan negara di luar 

Bukan baru didalam bidang ini dimana Dato dan Datin sudah bertapak lebih dari 2 tahun untuk memberikan informasi secara terperinci dan mendidik anak-anak muda mahupun masyarakat tentang pentingnya blockchain. Applikasi blockchain tidak boleh di lihat dengan mata kasar jika anda tidak memahami definisi dan fungsinya.

Berkongsi dengan KP dan rakan-rakan pengalaman selama 2 tahun sewaktu membawa blockchain dimata masyarakat bukan senang! Belum lagi dikira penipu, ada juga yang kata ‘money laundering’ dan Skim cepat kaya. Kalau anda berpeluang mendengar pengalaman ditahan dan disoal siasat dengan pihak berkuasa tanpa memberi peluang untuk berkata-kata pasti anda kagum. Kenapa kagum kerana Dato dan Datin tidak sedikit pun melatah malah masih boleh lagi steady dan bersahaja. Ini sebab tiada kesalahan kerana yakin dengan masyarakat dapat menerima konsep blockchain yang sedang digunakan di seluruh negara di luar sana


“Kami sedang dalam perancangan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan baharu mengenai pentingnya teknologi blockchain untuk masa hadapan.Kami akan menghantar proposal kami ini dalam masa terdekat dan berharap ada sinar harapan dari perkongsian jua penerangan dari pihak kami. “

kata Dato Azrai dan disetujui oleh Datin yang senantiasa teguh berdiri disebelah suaminya tanpa jemu.

DDK (DD Koin)

Untuk anda yang mengikuti tentang blockchain , ini adalah berita baru dimana Dato telah mengambil satu langkah besar kali ini. Insyallah jika semuanya berjalan dengan lancar, bakal memperkenalkan produk terbaru iaitu mata wang digital yang dikenali sebagai DDK (DD Koin) mulai 1 july 2018. DDK merupakan mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan untuk lebih berdaya saing de­ngan mata wang digital lain.

Ada perbezaan antara Bitcoin dan DDK dimana penggunaan DDK adalah terhad untuk negara Asia. jika bertanya pasal harga pula akan dimulakan dengan USD190 per unit sekarang tetapi mulai 1 July 2018 harga mungkin akan naik dimana harga kebiasaannya ditentukan oleh komuniti . Lebih demand dan supply tinggilah harga tersebut,
Ia bakal disenaraikan dalam CoinmarketCap.(platform bagi senarai mata wang digital di seluruh dunia)  di mana pelabur boleh melihat pergerakan harganya malah Dato Azrai berharap DDK mampu berada dalam senarai 20 teratas.

Kata-kata dari Dato Azrai di setujui oleh Datin 

“Kami juga akan adakan forum terbuka mengenainya supaya masyarat boleh mendapatkan segala informasi secara telus tanpa ada apa apa terselindung.Langkah awal kami adalah untuk menyumbangkan teknologi ini dan memperkenalkannya terlebih dahulu kepada Kerajaan baharu dan berharap mereka dapat menerimanya,”


Dato Azrai dan isteri tidak akan putus asa untuk mengetengahkan teknologi blockchain sehingga diterima umum.