FOOD PRODUCT

100% Mmmmm Susu Fernleaf Dari New Zealand Sesuai Untuk Semua

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

100% Mmmmm Susu Fernleaf Dari New Zealand Sesuai Untuk Semua | Jika anda biasa dan menggemari susu tidak kira susu berperisa original ataupun berperisa pastinya anda tahu yang susu terbaik bila dihasilkan dari bahan yang segar. Sama seperti Susu Fernleaf dimana ianya adalah hasil keluaran 100% susu dari New Zealand.

New Zealand sebenarnya terkenal dengan tanah yang subur, cahaya matahari dan kadar hujan yang sepatutnya menjadikan ianya adalah salah satu lokasi yang terbaik di dunia dalam penghasilan produk susu lembu. Sebelum dihasilkan dan di pek, pelbagai jagaan secara keseluruhannya diikuti mengikut prosedur yang ditetapkan.Seperti contoh lembu untuk perahan susu.
Image result for lembu new zealand

Para peladang di sini menjaga lembu-lembu ini supaya sihat dan dipelihara dengan sepenuh hati. Ini bermaksud lembu-lembu ini diberi kebebasan secara meluas dimana bebas untuk meragut di padang rumput. Sebanyak 90% masa lembu disini menghabiskan masa untuk meragut rumput dari rumput yang segar bagi menghasilkan susu dengan Vitamin D yang lebih tinggi dari lembu tenusu yang lain. Ia juga mempunyai banyak nutrien penting lain seperti protien yang berkualiti tinggi dan Vitamin A .Secara tidak langsung ianya menghasilkan susu secara 100% semulajadi.

Image result for lembu new zealand fernleaf

Dari kajian banyak mengatakan yang pakar-pakar Fernleaf mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. Apabila mempunyai pengalaman yang lebih dari 100 tahun pastinya kualiti adalah yang dititikberatkan oleh mereka ini. Ini kerana apabila kualiti bagus pada setiap pengeluaran hinggalah ke produk penghabisan, ‘demand’ makin tinggi dari para pelanggan di luar sana.

Susu bukan sahaja  penuh dengan khasiat seperti Vitamin A dan Vitamin D tetapi juga sebagai keperluan kalsium yang diperlukan dalam tumbesaran anak-anak. Buat yang ada anak ini antara perkara penting yang selalu bermain difikiran ibu bapa terutamanya untuk memastikan yang pemakanan berkhasiat dan seimbang buat anak-anak. Seekor lembu mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka.

Susu Fernleaf UHT datang dalam tiga perisa yang enak, krim penuh, rendah lemak dan coklat, serta dua saiz, iaitu pek 1 liter dan 200 ml. Seperti yang diminati oleh anak-anak KP adalah perisa coklat
Bagi susu Fernleaf Full Cream ini yang berperisa original boleh diminum begitu sahaja mahupun di campur dalam masakan. Kebiasaanya jika memasak kuah pasta seperti cabonara atau mac and chees, KP akan pastikan penggunaan susu Fernleaf dalam masakan agar menjadi lebih enak dan sedap. Jadi tidak ada alasan untuk mengatakan yang susu hanya boleh diminum sedangkan boleh digunakan sebagai bahan masakan
Jadi dapatkan susu UHT Fernleaf untuk diri sendiri mahupun keluarga. Jadikan 100% Mmmmm kebaikan susu dari New Zealand ini antara pilihan yang utama ye .
Image result for lembu new zealand fernleaf