Pinkfong dan Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pinkfong dan Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special ~ Peminat karakter Pinkfong dan Baby Shark yang comel berpeluang menonton debut Malaysia pertama di 34 pawagam GSC mulai 19 Disember. DIreka oleh SmartStudy Co. Ltd dan diedarkan oleh Astro dengan kerjasama GSC Cinemas sebagai rakan kongsi pawagam eksklusif, siaran berdurasi 66 minit ini mengisahkan pengembaraan terbaru Pinkfong dan Baby Shark di angkasa lepas. Lengkap dengan 27 video muzik pendek sepanjang perjalanan mereka melintasi galaksi Bersama penghuni lain di ‘Dino Planet, Jungle Planet, Spooky Planet, Game Planet dan Ocean Planet’.

‘Pinkfong dan Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along Special’ akan disiarkan dalam Bahasa Inggeris dengan sarikata Bahasa Melayu dengan animasi 2D dan 3D.Pinkfong dan Baby Shark

Baru-baru ini , Astro dan SmartStudy Co. Ltd juga telah menerbitkan Hello Pinkfong siri live-action Pinkfong dan Baby Shark pertama di dunia yang boleh dinikmati di Astro . Siri Hello Pinkfong membantu kanak-kanak mempelajari Bahasa Inggeris melalui gabungan elemen Pendidikan dan hiburan yang menyeronokkan seperti lagu dan tarian, aktiviti seni juga kraf serta Pendidikan pembelajaran berbentuk eksplorasi dan boleh dinikmati melalui Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang , Astro Vaanavil, Astro Vinmeen , Astro TVIQ dan Hello.

Ibu bapa dan anak-anak juga boleh strim 100 video-video pendek Pinkfong termasuk lagu pengembaraan , seni dan kraf melalui Astro Go.

Sinopsis Pinkfong dan Baby Shark’s Space Adventure Sing-Along SpecialPinkfong dan Baby Shark

Pinkfong dan Baby Shark sedang menikmati perjalanan mereka di angkasa dengan aman. Selepas kapal angkasa secara tidak sengaja bertembung dengan Meteorit (bintang istimewa mereka) dan satu-satunya objek yang dapat memberi petunjuk untuk mereka pulang ke tempat asal hancur berkecai menjadi 5 kepingan kecil. Kedua-dua meeka perlu memulakam perjalanan ke pelbagai planet untuk mencari kepingan kecil bintang yang hilang agar mereka dapat kembali ke tempat asal dengan selamat.

Jadi jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang di Golden Screen Cinemas, bawalah anak-anak anda bergembira sempena cuti sekolah dan cuti penghujung tahun untuk memori indah.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top