Persoalan Tentang Spritzer Terjawab Sudah

Di pagi Sabtu yang damai, kitepunye telah mengikuti pengembaraan(skema ayatkan) untuk mencari jawapan sebenar kepada persoalan yang sedang bermain di minda masing- masing termasuk kitepunye. Dengan besar hati kitepunye mengikuti pengembaraan yang penuh dengan persoalan bersama rakan social media yang lain . Kitepunye berkumpul di One Utama seawal jam 7pagi. Ramai juga rakan social media yang mengikuti pergembaraan ini

Bertolaklah dari One Utama ke destinasi iaitu Taping menaiki bas. Kebiasaannya jika kite mengikuti perjalanan di dalam bas, pasti ada yang tertidur, mendengar radio mahupun melihat siaran video yang di paparkan di dalam bas. Kelainan kali ini ialah kitepunye perlu menjawab soalan sepanjang perjalanan. Nak kata senang tak juga sebab kena menulis dalam bas yang bergerak. Salah satu soalan yang disediakan ialah
- sila dapatkan 3 nama penuh antara rakan social media yang mengikuti pengembaraan ini berlainan jantina”. Heheheee. Inilah salah satu suai kenal atau orientasi antara rakan social media yang belum mengenali antara satu sama lain. Oh ya, yang menganjurkan pengembaraan ini ialah bro framestone.
Antara soalan yang lain yang ada ialah
- nyatakan segala exit dan juga R&R yang di lalui sepanjang perjalanan ke destinasi. Ada yang menggunakan google untuk jawapan, ada juga yang sanggup tidak tidur sepanjang perjalanan untuk mendapatkan jawapan yang betul.
- Di manakah lokasi untuk makan tengahari . Tak sabar yang menanti untuk mengetahui dimanakah lokasi . Di hotel, di kedai makan, di restoran, di warung atau di rumah rehat mahupun restoran makanan segera. Akhirnya kitepunye semua berhenti di Hotel Flemington. Antara makanan yang di hidangkan untuk rakan social media
Selepas sahaja makan tengahari perjalanan di teruskan ke destinasi, nampak dah dekat sebab di bahu jalan nampak “signboard Kilang Air Spritzer”. Waaaa, dah nak sampai, peraasan teruja semestinya ada. Tak sabar nak tahu jawapan untuk setiap persoalan di minda. Sesampainya kitepunye ke Kilang Air Spritzer, di sambut dengan meriah, mesra dengan penuh senyuman. Terasa sungguh macam rombongan lawatan sambil belajar sewaktu di sekolah dulu. Kitepunye dan rakan social media yang lain di jamu dengan pelbagai perisa air dari TINGE, SPRITZER dan lain lain.


Sedikit penerangan tentang di beri tentang produk Spritzer dan juga tentang latar belakang syarikat jua kilang Spritzer. Informasi yang perlu tahu 400 kaki dari bawah tanah punca dan juga sumber air mineral. Keluasan kilang Spritzer 330 ekar ( besar dan luas sangat ). Di sini sangat nyaman mungkin sebab di kelilingi dengan banyak pokok dan tumbuhan lain. Bukan itu sahaja jenama Spritzer telah mendapat banyak anugerah jua Sijil dari JAKIM untuk kelulusannya.


Kitepunye dan rakan social media yang lain berpeluang untuk melihat bagaimana air Spritzer di buat daripada permulaan hingga pembungkusan. Banyakmjuga yang dapat dipelajari semasa ini dan barulah tahu bagaimana rupanya. Di beri juga penerangan bagaimana botol air mineral di buat
Persoalan pertama: Kilang berdekatan dengan Jirat Cina? Oh Tidak. Kitepunye sendiri pergi melawat lokasi di mana memang jauh (dalam 15 minit perjalanan dari kilang ke jirat Cina.) Jadi mustahil desas desus yang mengatakan air Spritzer adalah dari Jirat Cina itu betul. Kitepunye sama sekali tidak setuju dengan pendapat ini dan berani untuk mengatakan yang air Spritzer selamat untuk di minum. Persoalan kedua: Ada yang mengatakan air yang Spritzer proses setiap hari adalah dari air kuning? Semestinya jawapan kitepunye TIDAK. Bukan nak “defend” Spritzer tetapi setelah melawat sendiri di dapati kilang Spritzer terletak di Jalan Air Kuning. Tidak mungkin pihak kilang Spritzer sanggup memproses air tersebut untuk di pasarkan. Jadi tiada was- was lagi tentang ini tau 🙂


Seperti biasa sebelum pulang gambar kenangan bersama pasti ada. Gambar bersama rakan social media dan juga staff Spritzer. Terima kasih atas layanan yang tak terhingga ..

Ini adalah antara staff Spritzer yang senantiasa tersenyum dan membantu kitepunye dalam segala persoalan. Senyuman sentiasa di bibir mereka dari mula hingga akhir.

dan ini adalah kitepunye dan rakan social imedia yang lain

Selepas ini tidak ada perasaan ragu-ragu lagi.
akubiomed recently posted…Air mineral Spritzer kandungan OSA tinggi bukan sekadar penghilang dahaga