PERSIAPAN DATUK HATTAN UNTUK KONSERT, APA YANG BEST?

PERSIAPAN DATUK HATTAN UNTUK KONSERT. APA YANG BEST? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau dikira kurang dari 10 hari konsert berskala besar bakal berlangsung. Siapa lagi kalau bukan Datuk Hattan.

PERSIAPAN KONSERT 35 YEARS JOURNEY

Bagi yang mengikuti rapat Datuk Hattan, pasti mengetahui sedikit sebanyak perjalanan karier seni-nya. Dari mula memasuki industri hiburan bersama kumpulan dan kemudiannya memilih untuk bergerak secara solo.

Bakal berkongsi perjalanan bidang seni selama 35 tahun dalam konsert berskala besar yang julung kali diadakan. Segala dugaan, liku-liku cabaran yang dilalui tidak kira gembira atau sedih diceritakan.

BUKAN SEKADAR KONSERT?

“Bukan sekadar konsert biasa tetapi mempunyai penceritaan. Terutama sekali bagaimana lagu tercipta dan juga liriknya. Setiap satu mempunyai ceritanya tersendiri.”.

-kongsi Datuk Hattan.

Menerusi konsert ini, Hattan bakal diringi pemuzik hebat dan berpengalaman. Antaranya pemain keyboard, Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa’ang (percusiion).

BERAPA LAGU BAKAL DIDENDANGKAN?

26 lagu bakal dipersembahkan pada malam itu dari rangkaian lagu-lagu hits. Pastinya lagu ‘sing along’ yang ditunggu-tunggu.

Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu antara yang bakal dinyanyikan. Ada juga lagu dari album Ana Pantai Timur yang terdahulu pernah menjadi kontrovesi.

SOP MASIH KEKAL!

Saya berdoa agar saya dan musician yang terlibat semuanya sihat untuk beraksi pada hari konsert nanti. Saya berharap tiada yang jatuh sakit dan kami memang mengambil langkah berjaga-jaga.

Bukan setakat SOP sewaktu praktis, dikonsert juga SOP yang ketat bakal diikuti dan berharap keadaan penonton yang datang pada malam tersebut tidak terlalu sesak

Pihak kami akan memantau dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dititik beratkan sepanjang konsertnya berlangsung.

KONSERT BERTEMBUNG, RISAU TAK?

Konsert yang berdurasi selama dua jam bermula pada 4 Jun, kebetulan jatuh pada tarikh yang sama dengan konsert SEARCH Endemik. Tidak risau ke akan kehadiran peminat nanti?

“Itu adalah rezeki masing-masing. Saya ambil perkara ini secara positif dimana masing-masing mempunyai peminat tersendiri.

Jika dapat duduk berbincang bagi menjarakkan tarikh konsert lagi baik. ini kerana tarikh Konsert telah dipilih dan diwar-warkan oleh pihak kami terlebih dahulu”

-jelasnya lagi.

TIKET 4 JUN MASIH ADA LAGI

Tiket untuk menyaksikan konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) yang disokong West Ipoh Span Expressway (WISE). Harga RM188 (upper tier), RM388 (silver), RM488 (gold), RM788 (diamond) dan RM988 (platinum). ini boleh dibeli di laman

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

COCA-COLA ZERO SUGAR, CUBA DULU BARU TAHU, BEST KE!

Next Post

RAZZUAN CABAR DIRI JADI PENYANYI LANCAR SINGLE AKUR, BEST!

Related Posts