Perkenalkan Far Away Glamour Jenama Haruman Avon #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perkenalkan Far Away Glamour oleh Avon|Sari keanggunan anda merupakan sanubari anda. Ia menjangkaui soal jasmani dan minda. Untuk meraikan sari keanggunan ini, Avon memperkenalkan Far Away Glamour.

Diulit kehebatan Vanilla Madagascar bersama kesegaran bungaan floriental, haruman glamor ini turut mengetengahkan sentuhan akkord anggur hitam dan kesturi yang mendakapmu penuh keayuan serba glamor setiap kali menyemburkannya.

Amat sesuai untuk momen glamor anda, ia juga boleh digunakan saat bercuti atau ke majlis malam hari. Wangian ini turut tersedia dalam bekas Purse Spray 10ml supaya anda kekal harum, ke mana sahaja, bila-bila masa.

Far Away Glamour merupakan edisi baru dari jenama haruman Avon #1 dunia, Far Away. Sempena pelancaran baru ini, Avon turut memperkenalkan wajah baru buat koleksi ini – Far Away Classic, Far Away Gold dan Far Away Infinity.

Hiduplah penuh glamor. Eau de Parfum Spray 50ml dan Purse Spray 10ml bakal dipasarkan mulai 1 September 2019.

Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top