PERADUAN #PERFECTTOGETHER2020 MISSION FOODS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PERADUAN #PERFECTTOGETHER2020 MISSION FOODS|Sejak kebelakangan ini, semakin ramai orang memasak di rumah, maka sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menyerlahkan kemahiran memasak menggunakan ramuan kegemaran di dapur anda. Mission Foods menawarkan peluang untuk menghasilkan resipi terbaik Ramadan anda dan seterusnya memenangi hadiah wang tunai BESAR!

Dalam peraduan #PerfectTogether2020 yang sulung ini, Mission Foods mencari 10 resipi Ramadan yang terbaik dan kreatif di Malaysia. Mission Foods menawarkan hadiah wang tunai BESAR bernilai RM17,000 dan resipi-resipi para pemenang juga akan dikongsi di laman media sosial Mission Foods.

Mission Foods, sebagai salah satu pengeluar utama tortilla, ‘flatbread’ dan kerepek jagung terkemuka di dunia telah menawarkan pelbagai produk menarik kepada para pelanggan di Malaysia selama bertahun-tahun – wrap tortilla, pita, naan, kerak piza dan banyak lagi, produk Mission Foods adalah kanvas yang sempurna untuk karya masakan. Kempen-kempen #PerfectTogether Mission Foods pernah memenangi anugerah tempatan, serantau dan antarabangsa selama ini dan akan mengambil arah tuju yang baharu tahun ini dengan penglibatan secara langsung dari para pengguna.

Bermula dari 16 Mac hingga 15 April 2020, Mission Foods mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai Peraduan #PerfectTogether2020 dengan berkongsi resipi yang istimewa dengan kombinasi produk-produk Mission Foods dan satu lagi jenama produk makanan yang serasi bersama.

Sebanyak 10 pemenang dengan gambar dan resipi yang paling menarik akan memenangi hadiah wang tunai. Juara akan membawa pulang RM5,000 manakala pemenang tempat kedua memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan ketiga RM2,000. Bukan itu sahaja – tujuh hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu akan diberikan juga!

Semakin banyak penyertaan anda, semakin tinggi peluang untuk menang! Anda hanya perlu berkongsi resipi lengkap bersama-sama dengan dua foto hidangan yang ditatarias atau digayakan di bahagian komen hantaran peraduan di laman Facebook Mission Foods Malaysia (@MissionFoodsMalaysia). Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web Mission Foods di www.missionfoods.com.my dan juga laman media sosial, Facebook: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ atau Instagram: @missionfoods.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top