Penjenamaan D’Herbs Dan Memperkenalkan Duta Jus Perawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penjenamaan D’Herbs Dan Memperkenalkan Duta Jus Perawan|Selepas selama 12 tahun D’Herbs dikenali dengan hashtag TERLAJAK LARIS, kini penjenamaan D’Herbs bakal memulakan langkah terbaru dengan melakukan perubahan yang akan mengekalkan jenama ini di peringkat Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Pengasasnya, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memberitahu bahawa perubahan ini perlu dilakukan demi untuk membuktikan jenama ini  masih relevan dan kekal menjadi jenama kosmetik tempatan No. 1 di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, D’herbs memilih Diana Danielle sebagai Duta Produk Jus Perawan yang merupakan salah satu daripada ’killer’ produk jenama yang selama ini dikeluarkan. Beliau yang dikenali sebagai pengguna bahan-bahan organik dan semulajadi amat bertepatan untuk diperkenalkan sebagai duta Jus Perawan yang menggunakan herba-herba asli 100% tanpa pengawet dan diyakini sejak 12 tahun yang lepas.
Kali ni, bakal diperkenalkan modul perniagaan yang baru dengan membuka peluang kepada stokis/pengedar untuk membuka outlet perniagaan di pusat membeli belah seluruh negara. Pembukaan outlet perniagaan di seluruh negara ini sudah semestinya akan memberikan impak branding yang lebih besar bagi sebuah jenama kosmetik tempatan.
D’herbs bukan sahaja mensasarkan pengguna daripada golongan B40 seperti sebelumnya, tetapi diharapkan dengan penjenamaan semula jenama produk yang melebihi 12 tahun ini agar dapat menarik minat golongan M40 dan T20.
Penjenamaan semula jenama produk merangkumi rangkaian produk kesihatan dan kecantikan. Sebanyak 20 produk daripada jualan terbaik sepanjang 12 tahun berada di pasaran dijenamakan semula dengan beberapa formulasi terbaru supaya kualiti setiap produk dapat dipertingkatkan sejajar dengan keperluan semasa.
Kagum dengan kejayaan Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman bukan setakat menjadi ahli perniagaan tetapi juga mempunyai bakat didalam bidang lain seperti nyanyian. Mempunyai rancangan TV sendiri tentang kehidupan yang dilalui melalui rancangan Abg Kosmetik membuka minda dimana anda boleh berjaya jika punyai usaha yang kuat jua tinggi. Walaupun dikecam tetapi masih tegak berdiri bersama isteri tersayang dan jenama produk sendiri.
Untuk maklumat lanjut layari :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top