Penginapan The Haven Ipoh Berlatar-belakangkan Bukit Kapur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penginapan The Haven Ipoh Berlatar-belakangkan Bukit Kapur |Apabila KP menerima panggilan untuk bercuti di The Haven Ipoh di mana tempat penginapan yang bakal KP menginap berlatar-belangkan bukit kapur. Terus KP google “The Haven Ipoh” untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang The Haven Ipoh.

Sedikit informasi tentang The Haven Ipoh

1

Sewaktu pembinaan The Haven Ipoh, tiada pokok atau tumbuhan di potong atau di tebang kerana ingin mengekalkan alam semula jadi terutama sekali persekitaran bukit kapur ini. Segala tumbuhan dan pokok di biar tetapi di beri penjagaan yang rapi agar kelihatan cantik dan menarik apabila ke sini.

Penginapan di sini adalah 5 bintang dan misi utama mereka mengekalkan keindahan alam untuk para pengunjung menikmatinya sewaktu menginap di sini. Selain bercuti, di sini juga anda boleh melakukan team building, seminar mahupun majlis perkahwinan dan school gathering. Keindahan alam semula jadi terutama sekali di waktu malam terasa nyaman, selesa dan tenang dari segala hiruk piruk di bandar.

2

Pintu Masuk The Haven Ipoh

Dari jauh kelihatan The Haven Lakeside Residence. Di sini kawalan masuk agak ketat. Untuk masuk dan check in kena melalui 2 pintu post sebelum sampai ke lobby hotel. No & jenis kereta juga Mykad di ambil untuk rekod mereka

The Haven IpohBakal melalui kawasan team building sebelum sampai ke lobby hotel
The Haven Ipoh Antara bilik yang ditawarkan buat para pengunjung.The Haven Ipoh

Pemandangan sekitar The Haven Ipoh

Bukit kapur akan kelihatan di kiri kanan hotel di mana KP bakal menginap. Sememangnya ini juga yang KP lihat bila KP google di website tentang The Haven Ipoh
The Haven Ipoh

Pelbagai tumbuhan ada di tumbuh di sini seperti bunga teratai ini
The Haven Ipoh
Tempat penjalan kaki untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan mahupun berjalan di waktu petang atau morning walk . Tak perlu risau kerana binatang buas ataupun ular tidak dapat memasuki kawasan penginapan ini kerana ia dikelilingi dengan pagar elektrikThe Haven Ipoh Sempat lagi hubby dan kids mengambil angin sebelum check in ke bilik. Ada berudu dan ikan di siniThe Haven Ipoh Air pancut di tengah-tengah swimming pool The Haven Ipoh Swimming pool kanak-kanakThe Haven Ipoh Pemandangan dari atas The Haven Ipoh Tidak menggemari berenang tidak perlu risau, jom main taman permainan bersama nak??? Ada buaian, gelongsor dan juga jongkang – jongkit untuk bermain bersama adik beradik, sepupu sedara mahupun kawan-kawanThe Haven Ipoh Ini antara yang menjadi perhatian Irfan sewaktu sampai. Tiap kali melalui kawasan ini di tanya “apa maksud H tu mama… ???”The Haven Ipoh

Bilik Penginapan sewaktu di The Haven Ipoh

Inilah bilik yang bakal KP menginap selama 2 hari 1 malam bersama hubby dan kids. Semestinya pengalaman baru di mana belum pernah lagi KP menginap di hotel yang berlatar -belakangkan alam semulajadi seperti batu kapur. Ada 2 bilik tidur dan 1 bilik studi lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan juga balkoni untuk KP se family

The Haven Ipoh

Bilik Utama

Inilah bilik utama. Rasa macam pengantin baru pula sebab suasana sunyi dan keindahan di sini

The Haven IpohTelevisyen di dalam bilik untuk basic channel
The Haven IpohAda ruang untuk membuat kerja atau membaca
The Haven Ipoh Televisyen tidak payah berebut tauThe Haven Ipoh Bilik air yang di lengkapi dengan bath tubThe Haven Ipoh Transparent tau The Haven Ipoh

Pengering rambut tersedia ada didalam bilik airThe Haven IpohBath robe wajib disediakan untuk setiap pengunjung berada di sini.
The Haven Ipoh Ini adalah alatan wajib iaitu seterika dan papan seterika selain dari peti simpanan. Bila adanya alatan seterika didalam bilik tidak perlu lagi mencari house keeping atau room service untuk alat ini.The Haven Ipoh

 

Bilik kedua

Bilik tidur yang boleh memuatkan 2 orang dewasa ataupun 2 -3 orang kanak-kanak. Ianya bersebelahan dengan bilik utama kecuali tiada televisyen dan bilik air adalah berasingan .

The Haven Ipoh Agak besar juga katilnya.. Saiz queen kalau tak silapThe Haven IpohBilik air yang berasingan terletak di luar bilik kedua. Cuma bilik air ini tidak mempunyai bath tub ye…
The Haven IpohAda shower dan juga water heater. Katanya cuaca disini apabila waktu pagi memang sejuk. Angin dari bukit -bukit disekitarnya
The Haven Ipoh Antara alatan yang ada seperti shower cap, sabun, losyen,berus gigi dan juga shaver buat hubbyThe Haven IpohLengkap dengan segala keperluan seperti tuala mandi dan tuala muka
The Haven Ipoh

 

Bilik studi

Ini adalah bilik kecil bersebelahan dengan bilik air dan bilik kedua. Kelihatan bilik ini seperti bilik studi ataupun untuk anda yang inginkan masa privasi untuk membuat assignment atau kerja-kerja pejabat dan tidak mahu ada gangguan boleh menggunakan bilik ini. Semua bilik yang ada di sini lengkap dengan aircond ye. Jadi tidak perlu risau tentang hal yang satu ini.The Haven Ipoh Cantik kombinasi warna sofa iniThe Haven Ipoh

 

Ruang Tamu

Tempat yang selalu KP nantikan jika menginap di apartment atau residence. Ini kerana ia lengkap dengan ruang tamu dan ruang dapur
The Haven Ipoh Lengkap dengan televisyen siaran Astro, juga sofa untuk menonton di ruang ini. Oh ya … ada aircond tau. Kalau nak merasakan angin luar buka sahaja sliding door itu. Di syorkan sebelum maghrib supaya tidaklah masuk nyamuk ataupun unggas ye. Di sini masih lagi menekankan alam semula jadi .. The Haven Ipoh

Ruang makan & Dapur

Semestinya tidak perlu risau dan gusar bila menginap di sini. Lengkap dengan pelbagai alatan keperluan seperti di rumah

The Haven Ipoh Sinki yang bersihThe Haven Ipoh Microwave untuk memanaskan lauk. Jikalau order room service dan makanan sejuk panaskan sahaja di sini yeThe Haven Ipoh Keperluan lain ada juga disediakan seperti teh, nescafe, gula dan susu. Kalau kekacang atau coklat semuanya adalah kos tambahan perlu di bayar sewaktu check out nantiThe Haven Ipoh Dapur juga ada..The Haven Ipoh Peti sejuk besar wei.. macam-macam boleh isi .. Tapi ingat coklat dan seangkatannya jika makan sila bayar sewaktu check out nanti tau. The Haven Ipoh Air mineral di berikan buat para pengunjung yang menginap di apartment merekaThe Haven Ipoh Ruang makan yang comel untuk kami berempat. The Haven Ipoh

Pemandangan dari Balkoni 

Memandangkan sewaktu check in , KP diberitahu yang bilik KP mempunyai balkoni. Pemandangannya ialah berhadapan dengan bukit kapur. Ini adalah pemandangan sebaik sahaja KP membuka sliding door.

The Haven Ipoh Nampak tak keindahan alam semula jadi dari-Nya. Betul juga kata The Haven Ipoh di mana tiada tebang menebang pokok atau menarah bukit semata-mata untuk pembinaan hotel iniThe Haven Ipoh Segala keindahan alam semulajadi di sini di jaga, di pelihara agar ia kekal untuk para pengunjung menikmati kelainannya dengan penginapa di hotel – hotel yang lain ataupun apartment yang ada di sini.The Haven Ipoh Swimming pool dan jacuzzi jelas kelihatan dari balkoni tempat KP menginapThe Haven Ipoh Ruang rehat yang ada di balkoni. Lagi menarik jika berisitirehat di waktu malam, menghirup udara segar sambil mendengar bunyi cengkerik atau unggas di tatkala suasana sunyi sepi dan pasti angin sepoi-sepoi bahasaThe Haven IpohPemandangan dari bilik kedua
The Haven Ipoh

Pemandangan Waktu Malam di The Haven Ipoh

Kalau di waktu siang semuanya biasa sahaja , yang menjadi tarikan di The Haven Ipoh ialah suasana di waktu malam. Apabila di serikan dengan cahaya lampu kelihatan ianya lebih menarik dan menyerlah. Seperti swimming pool dan jacuzzi ini kelihatan dari balkoni warnanya yang cantik membuatkan KP ingin mandi malam ini juga ( hahahahah)

The Haven Ipoh Pemandangan di kawasan perumahan yang berdekatan dengan The Haven Ipoh. Lampu-lampu ini kelihatan menarik dan suasana nyaman, sunyi membuatkan apabila unggas atau cengkerik berbunyi kedengaran yang amat terangThe Haven Ipoh Sempat lagi mengambil gambar swimming pool di waktu malamThe Haven Ipoh Berada di lobby luar hotel untuk mengambil angin dan ingin merasai keindahan alam semulajadi The Haven IpohThe Haven IpohCantik bukan ???? Beberapa keping gambar yang sempat di rakam kemudian hujan turun dengan lebatnya. Makin sejuk pula jadinya dengan udara dan angin semulajadi dari bukit-bakau ini
The Haven Ipoh

 

Keindahan di The Haven Ipoh terutama sekali di waktu malam tidak akan dilupakan. Walaupun kekadang kedengaran bunyi cengkerik ataupun unggas-unggas  tetapi itu tidak mematahkan semangat KP untuk melepak di luar balkoni bersama hubby mengamit kembali kenangan sewaktu bercinta dahulu. Apabila kids dah tidur, KP mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam bersama hubby.Terasa seperti berbulan madu kembali walaupun ada kids bersama kami.The Haven Ipoh

dan dengan ini KP rekomenkan untuk anda menginap di sini dan merasai apa aktiviti dan keindahan alam semulajadi di sini seperti mana KP berada di sini selama 2 hari 1 malam. Kalau diikutkan ingin sahaja menyambung cuti kami tapi apakan daya masing-masing ada tugasan di bandar yang perlu di selesaikan.

The Haven Ipoh

Apabila bercuti di sini, satu sahaja yang KP pesan – letakkan jauh-jauh segala masalah, kerja yang tertangguh tidak kira hal pejabat atau sendiri ataupun stress dan nikmati segala saat yang ada di sini dengan menikmati keindahan, kenyamaan suasana sewaktu di sini. Lakukan sebanyak mana aktiviti yang ada di sini dengan senang hati, bergembiralah dan hayatilah setiap keindahan dari-nya. Pastinya selepas bercuti di sini, semangat itu akan kembali dengan sendiri The Haven Ipoh

Oklah. Ini sahaja dari KP .. Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi pelbagai kenangan, aktiviti di lakukan di sini. Jadi jangan lupa tau klik The Haven Ipoh untuk promotion terbaru mereka. Terima kasih buat The Haven Ipoh dan PR kerana memberi peluang untuk KP sefamily. Syabas kerana mengekalkan keindahan alam semulajadi. Hingga ke temu lagi. Untuk rasai sendiri menginap di sini, jangan lupa layari

Facebook | Website



About The Author

2 thoughts on “Penginapan The Haven Ipoh Berlatar-belakangkan Bukit Kapur”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top