Pengantin Malam, Movie Yang Penuh Suspen dan Seram

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengantin Malam, Movie Yang Penuh Suspen dan Seram  |Filem ke 93 terbitan MIG kali ini menampilkan genre seram yang berjudul Pengantin Malam.Penuh dengan adegan yang mendebarkan dan mampu mebangkitkan elemen seram yang menakutkan

Pengantin-Malam

.Pengantin Malam arahan Eyra Rahman menggabungkan sekali lagi gandingan hero dan heroin pujaan Malaya iaitu Farid Kamil dan juga Nora Danish IMG_0185 Pasangan yang sama hebat inipastinya mampu memberi tarikan yang luar biasa buat filem ini. Kredibiliti lakonan mereka tidak perli di pertikaikan lagi kerana dengan pengalaman yang ada buat mereka pastinya mampu menjadikan naskah ini sebagai sebuah filem yang menjadi bualan buat peminat fiem tempatan yang khususnya penggemar filem seram. Turut sama menjayakan filem ini pelakon meningkat naik yang berasal dari Brunei iaitu Nina Iskandar dan juga berpengalaman Ellie Suriaty serta Rashidah Jaafar. IMG_1514 Sinopsis: Pengantin Malam tetang seorang isteri Maya(Nora Danish) yang mengalami amnesia selepas kemalangan jalan raya. Sejak dari hari itu, Maya sering di ganggu lembaga misteri sehinggakan suami Maya, Razif(Farid Kamil) terpaksa membawa Maya berehat di villa keluarga Razif. Namun gangguan itu tidak berhenti malah semakin teruk hinggakan Maya tidak dapat mengawal perasaannya.. Pelbagai ikhtiar telah di lakukan oleh Razif yang tidak percaya gangguan yang terjadi pada Maya adalah benar sehinggakan hubungan mereka semakin renggang.IMG_4195 IMG_5021 Villa yang mereka diami itu juga meberi pelbagai persoalan terhadap Maya kerana Villa tersebut turut didiami seorang tukang kebun. Perlakuan pelik Maya mendapat reaksi yang berbeza dari tukang kebun itu malahan sikap Maya yang semakin hari semakin pelik itu membuatkan Razif mencari seorang doktor pakar untuk mengubati penyakit yang dialami Maya IMG_6475 Adakah maya terus berkelakuan pelik selepas mendapat rawatan dari doktor tersebut? Apakah kaitan tukang kebun dan villa yang didiami Razif dan Maya? Apakah yang berlaku sebenarnya di sebalik lembaga misteri? Jomlah kita menonton bersama nak tak.. Pengantin Malam di pawagam bermula 19.6.2014 .. jom ..

#kitepunye #pengantinmalam #noradanish #faridkamil #mig

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top