Pendidikan : Seisi Persekolahan 2015 di Tangguhkan Selama Seminggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perhatian untuk ibu bapa, seisi persekolahan 2015 untuk beberapa negeri akan di tangguhkan akibat bencana banjir. Di sini KP lampirkan keratan dari BH online untuk semua .Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Petikan yang di ambil dari BH Online

“Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Info lanjut sila klik di bawah

Credit : BH online

1

#kitepunye #kitepunyedotcom #bhonline #seisipersekolahan2015

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top