Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tengah KP mencari-cari lokasi ingin bercuti, KP menerima whats app dari rakan KP

“KP, Irfan dah tahu ke sekolah mana dia masuk nanti bila Tahun 1?”

“Huh… Macam mana nak tahu? Masa Qurratul dulu KP terus pergi ke sekolah yang KP pohon terus daftar. “

“Sekarang mana boleh macam itu! Kena daftar dekat SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN 1 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR”

OK, ini yang membuatkan KP terkejut dan takut. Takut bukan sebab apa takut sebab nanti Irfan tak dapat tempat di sekolah yang KP ingin pohon. Pada yang sudah tahu bagaimana caranya, alhamdulilah. Tapi pada yang tidak mengetahuinya bagaimana, KP akan tunjukkan cara-caranya ya

  1. Login di http://apps.moe.gov.my/esppsel/

1

  1. Klik di Permohonan On- Line

Pilih yang mana berkenaan.

Jenis Sekolah di pohon boleh pilih samada SK , SJK (C), SJK (T)

2

  1. Isi maklumat yang di perlukan seperti di bawah

No MY KID

Nama anak

Alamat pemohon – alamat tinggal

Kalau ada anak yang lain bersekolah di sekolah yang di pohon sila isikan sekali .

34

 

 

  1. Perlu sediakan dokumen seperti di bawah

Kemudian cetak untuk simpanan sendiri.

5 6

Antara informasi yang ingin tahu

7 8

Ingat tau jangan lupa pula

  • Keputusan penempatan Tahun 1/2015 boleh disemak dan dicetak oleh ibu bapa dan pihak sekolah melalui sistem selepas 16 Julai 2014.
  • Ibu bapa / penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah ditempatkan mulai 01 – 30 Ogos 2014 bagi tujuan penyediaan prasarana pembelajaran dan penyediaan budget.
  • Sistem akan membuka akses untuk Permohonan Rayuan Penempatan Tahun Satu kepada pemohon yang tidak ditempatkan di sekolah dipohon sahaja.
  • Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan (01 hingga 30 September 2014)

Jadi ini adalah cara-cara ingin memohon untuk pendaftaran Tahun 1 bagi 2016. Di sarankan untuk membuat dengan segera supaya anak-anak mendapat tempat di sekolah yang di pohon. Senanglah nanti untuk melengkapkan kelengkapan yang lain seperti bas /van sekolah, buku sekolah mahupun baju sekolah

Selamat memohon pada ibu bapa yea..

#kitepunye #kitepunyedotcom #pendaftarantahun1 #pesananmasyarakat #janganlupanantiterlepa

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge