Penanggah Taman Warisan Putrajaya Kembali Dibuka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Penanggah Taman Warisan Putrajaya Kembali Dibuka |Anda tinggal di area Putrajaya atau Cyberjaya pasti anda pernah dengar dengan Taman Warisan Putrajaya? Jika anda pernah ke Taman Warisan pasti anda tahu di situ ada satu food court yang menjual pelbagai jenis masakan. Sebeum ini KP pernah berkongsi cerita sewaktu turut serta dalam #ETW Putrajaya Trail.

Entri : PENANGGAH ANTARA FOOD COURT MENARIK DI PUTRAJAYA

Penanggah 

Terletak di Taman Warisan di Putrajaya merupakan sebuah “food court” atau medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan. Pelbagai masakan untuk si kecil mahupun yang dewasa. Nak makanan western, tradisional mahupun pencuci mulut pun ada. Penanggah baru sahaja beroperasi pada tahun ini bulan Februari setelah setahun lebih di tutup untuk penambahbaikan. Yang paling best selepas melawat Taman Warisan bolehlah singgah di sini untuk mengisi perut. 

“Medan Selera Penanggah sudah beroperasi sejak 1 Februari 2020 yang lalu.  Sebelum ini Penanggah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembaikkan dan naik taraf fasiliti-fasiliti.  Tapi kali ini kami kembali dengan konsep baru dan gerai-gerai baru. Konsep kali ini lebih kepada makan warisan dan tradisi. Penanggah ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Ahad). Setiap hari Jumaat hingga Ahad seawal jam 6 petang, team buskers bakal menghiburkan petang anda. ”

-kata  Encik Shabir Othman

Roti John Unan Putrajaya

Ini adalah ‘signature’ dish yang ada di sini. Dikatakan roti john ini diantara yang popular di Putrajaya. Cara masakannya pun berbeza dengan cara masakan roti john diluar. Isi dan telur cukup masak dengan roti siap dengan sos yang meleleh . Pastikan anda cuba tau.

Satay Kajang Haji Samuri

Tidak perlu di kenal dengan menu ini kerana menu ini semua pun tahu. Popular juga satay kajang nie. Boleh dapati di sini mahupun di cawangan-cawangan yang berdekatan. Perbezaan diantara satay yang diluar adalah cili dalam kuah satay tidak di campur sekali. Biasanya di hidangkan asing. Jadi bolehlah letak seberapa banyak mana cili nak!

Nasi Goreng Ikan Rebus

Walaupun nampak cam hidangan biasa tetapi bagi KP nie memang di rekomen. Nasi goreng bersahaja tetapi yang membuatkan ia menyelerakan ialah ikan rebus. Tak terasa macam ikan itu di rebus. Cicah pula dengan sambal belacan kan, terbaik. Rasa sendiri kalau tak percaya [rasa adalah subjektif ye,mungkin ada yang suka ada yang tak].

Nasi Ayam Pak Man [Homemade]

Nasi ayam siap dengan pakej taugeh. Dalam pemerhatian KP ini diantara menu yang menjadi pilihan mereka yang datang ke sini untuk makan tengahari. Apa kelainan dari nasi ayam yang lain kena cuba sendiri rasa. Tengok ayam yang digantung sebelum di potong boleh terliur tau !

Kuay Teow Goreng Telur Itik 

Antara menu yang berulang kali makan ye. Kuay teow goreng biasa yang menambahkan kesedapan telur itik goreng. Mungkin juga sebab KP penggemar teluk itik so yang nie memang dalam list wajib untuk makan kalau ke sini.

Nyonya Laksa Goreng

1st time cuba ye . Biasanya makan laksa berkuah atau laksa johor . Kali nie laksa goreng tapi cara masakan nyonya. Memula rasa pelik tapi bertambah pulak sudu masuk ke mulut. hahaha… mungkin sos atau perencah yang digunakan tak terasa yang dimasak itu adalah laksa. Cubalah

Nasi Daging Bakar Set

Peminat daging boleh cuba set nie . Siap dengan nasi dan ulam ulaman

Nasi Kerabu Ayam Percik

Tak perlu ke Kelantan , kat Putrajaya pun ada. Yang paling mengancam adalah solok lada yang gemuk selain kuah percik tu.

Nasi Beriyani Daging Kambing

Nasi briyani dengan acar timun dan keropok .

Kari daging kambing yang dihidangkan sekali dengan nasi briyani tadi. Kalau KP makan cicah dengan roti benggali . Lagi awesome. Layan wei sebab tak perlu pi Johor nak makan ye!.

Mee Celup

Penggemar masakan Sarawak. Boleh ke sini untuk cuba mee celup. Makan panas-panas dengan cili jeruk memang sedap. Awas jangan minum air panas masa minum melainkan letak cili sikit oklah.

Nasi Kukus Ayam

Sesuai untuk anak-anak selain nasi ayam . Kuah diletakkan asing

Sizzling Mee Seafood

Tak perlu cerita lebih biarlah gambar yang berbicara. Nampak tak kesegaran seafood dalam sizzling mee. Makan panas-panas pulak

Sizzling Gearbox

Haa..ingat sup gearbox jer ada. Kali nie Sizzling Gearbox. Makan nie kenalah pastikan sedut isi -isian dalam tulan atau gearbox tu . Kalau tak rugi wei .Harga berpatutan sekali sekala nak makan.

Ikan Bakar 

Set Ikan bakar nie ada nasi sekali . Yang kali ini KP sempat mencuba ikan bakar talapia dan cencaru . Yang membezakan adalah sambal cicah dan juga sambal yang diletakkan di atas ikan bakar.

Pencuci mulut – ini yang ditunggu dan dinantikan .

Waffle Mania Dip & Dip

Waffle Bubble Aiskrim

Minuman

Antara air minuman yang ada Air Kelapa Botak, Milo Cincau, Sirap Bandung Soda Cincau, Teh Dangdut, Teh 3 Lapis, Air Detoks dan Milk Shakes. Ada juga air yang lain.

Jadi apa lagi, meh lah ke Penanggah untuk menjamu selera. Oh yea kalau dari Alamanda Shopping Centre cuma 3-5 minit sahaja. Landmark ke sini pula Taman Warisan ataupun SK Precint 16. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari di

Facebook 

 



About The Author

1 thought on “Penanggah Taman Warisan Putrajaya Kembali Dibuka”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top