PENA KITEPUNYA

Pengalaman Renew Passport di Jabatan Imigresen Jalan Duta

oleh

Pengalaman Renew Passport di Jabatan Imigresen Jalan Duta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pengalaman Renew Passport di Jabatan Imigresen Jalan Duta  …. Masih ingat lagikah pada status KP bulan lepas bertanyakan tentang proses renew passport di Jabatan Imigresen. Ada yang berkata ianya mengambil masa yang lama dan ada yang me-viralkan dimana ianya mengambil masa sehingga 6 bulan. Semua itu adalah palsu dan bukan yang sebenarnya. Minggu lepas KP sendiri ke Jabatan Imigresen di Jalan Duta untuk renew passport KP sekeluarga. Walaupun system online sudah sedia untuk menerima pemprosesan tetapi KP masih mahu turun sendiri dan merasai pengalaman yang dikatakan oleh orang ramai.

Dari viral yang dikongsi oleh pihak -pihak tertentu, ada yang berkata yang mereka terpaksa pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan nombor giliran. Ada pula yang berkata nombor giliran habis sewaktu mereka sampai dan lebih dari 3 tempat mereka pergi untuk membuat atau renew passport tidak berjaya. Hmmm.. bila membaca status yang di kongsi dan di viralkan sedikit sebanyak mengugat perancangan KP kerana tidak mahu cuti yang diambil di bazirkan tanpa passport siap

 

Sebelum KP ke Jabatan Imigresen di Jalan Duta, KP ada mencari informasi masa operasi dan melihat review jua pengalaman yang dikongsi oleh orang ramai yang pernah berurusan disini. KP simpulkan yang lagi awal anda di sini lebih baik. Jadi KP sudah berada di depan pintu besar Kompleks Kerajaan di Jalan Duta sejak jam 615pagi. Kenapa awal sangat KP disini kerana KP tidak mahu bersesak dengan mereka yang ingin menuju ke tempat kerja dan kebetulan hujan turun sejak jam 3 pagi lagi . Pastinya kesesakan jalan akan berlaku jika keluar lambat bukan? Pintu besar Kompleks Kerajaan di Jalan Duta akan di buka pada 645 pagi sahaja. Janganlah anda berangan untuk masuk awal melainkan anda mempunyai sticker berkerja di sana. Walaupun anda menaiki “public transport” anda perlu menunggu di luar pintu besar hingga 645 pagi juga.

Waktu Operasi Jabatan Imigresen Jalan Duta

Operasi di Jabatan Imigresen bermula dari 730 pagi hingga 530 petang

Pengambilan no giliran

Apabila jam menunjukkan 645 pagi, barulah kenderaan dibenarkan masuk. Pintu masuk tingkat bawah adalah pejabat pendaftaran perkahwinan. Di depan sedikit ada escalator naik menuju ke tingkat satu. Untuk pembaharuan passport ianya adalah di Bilik B. Lihat sahaja panjang ke tak untuk beratur dan sewaktu gambar ini di ambil jam baru menunjukkan 7pagi . Ini bermaksud semua yang beratur perlu menunggu lagi 30 minit untuk no giliran di berikan. Nasib baik KP adalah orang yang ke 2 sampai

4

Kami di beri ucapan selamat pagi oleh staff Imigresen apabila jam menunjukkan 730 pagi. Kami tidak dibenarkan masuk dahulu kerana laluan khas di buka dahulu. Laluan khas diutamakan dahulu untuk mengambil no giliran seperti

  • Warga emas
  • Ibu mengandung
  • Anak-anak yang bawah 2 tahun

Apabila mereka selesai barulah kami dibenarkan masuk. Tidaklah lama kami menunggu kerana prosesnya cepat. Sewaktu di kaunter pengambilan no giliran, dokumen akan di check sebelum no diberi.

Dokumen yang diperlukan Renew passport

Dewasa : passport asal jua MyKad

Kanak-kanak : passport asal, surat beranak asal , salinan surat beranak kanak-kanak dan salinan MyKad ibu/bapa (yang tandatangan bagi pihak)

Gambar : tidak perlu sebab akan diambil di kaunter nanti

10 Apabila no dipanggil, staff akan meminta dokumen tadi. Tiada borang yang perlu diisikan kerana ianya akan di print dari system yang sudah mengandungi informasi awal. Cuma perlu check betul ke tidak sebelum menandatangi borang itu. Oh ya untuk gambar di passport, sekarang perlu diambil di kaunter. Ada “coat” disediakan untuk di gunakan sewaktu pengambilan gambar.

Sedikit nasihat: kalau boleh siap-siaplah make up atau sikat rambut sebelum no dipanggil. Janganlah di kaunter baru nak buat kerana ia akan mengambil masa orang lain apabila terlalu lama8

Pembayaran Renew Passport

Selepas siap dokumen di check oleh penyelia atau supervisor barulah dokumen boleh di proses, Nombor yang sama akan dipanggil untuk anda membuat bayaran. Buat masa ini, KP cuma nampak bayaran dibuat melalui tunai dan disyorkan untuk membawa wang yang secukupnya . Kenapa KP kata begitu ? Kerana mesin ATM yang ada di sana cuma dua sahaja dan satu sudah rosak. Dari review yang di baca ramai yang berkata kerosakan ini berlaku sudah lebih dari 2-3 bulan. Siap-siaplah bawa lagi senang dan mudah
3

Dewasa : RM 200

Kanak-kanak bawah 12 tahun : RM 100

Pelaj
11 Alhamdulilah tidaklah seperti yang mereka katakan kena tunggu berjam-jam untuk renew passport balik . Bagi KP sewaktu pengambilan no giliran, memerlukan anda untuk bersabar dan datang awal jika ingin siapkan urusan dengan cepat.. Kalau tidak mahu tergesa datang lah awal ataupun ambillah cuti jadi tidak perlu risau apa-apa5

Apa pun , passport dah ready so apa lagi jom kita travel-travel nak .. Mai habaq flight airlines mana yang ada buat harga runtuh boleh gak riki riki.

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #passport #passportrenew #jabatanimigrisenjalanduta