PENA KITEPUNYA REVIEW

Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet Mulai 1 Disember hingga 31 Disember 2016

oleh

Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet Mulai 1 Disember hingga 31 Disember 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet bermula 1 Disember 2016 dimana anda yang mempunyai kucing boleh mendapatkan rawatan/ check up untuk kucing anda secara PERCUMA tanpa perlu membayar sehingga 31 Disember 2016. kempen ini bertujuan untuk memberikan pemeriksaan fizikal secara percuma buat kucing anda.

mycat2vet-websitePeruntukan tempat bagi pemeriksaan fizikal percuma di setiap klinik adalah terhad. Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran akan ditutup pada 23 Dis 2016 dan hari terakhir untuk pergi ke klinik haiwan adalah pada 31 Dis 2016. Hubungi klinik haiwan sekarang untuk buat temujanji.

r1

Selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan termasuk email address yang diminta , anda akan menerima email dari info@mycat2vet.my . Email ini akan memberitahu yang maklumat anda telah diterima dan anda perlu membuat reservation di klinik yang terpilih sebelum datang membuat pemeriksaan. Jikalau nampak dalam email ini ada code bukan? Inilah code yang diperlukan untuk anda inform atau beritahu sewaktu sampai diklinik itu nantir2

Pemeriksaan RIAN bermula disini

Selesai sahaja membuat appointment untuk Rian, KP pun membawanya ke klinik untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang mencuba rawatan secara percuma sempena Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet. Dari dalam kereta lagi Rian memang tidak happy nampak sangat takut. Bukan takut pada doktor sebenarnya tapi takut yang KP akan tinggalkan tepi jalan atau bagi orang lain. Mana boleh kan, andalah nyawa andalah sinar dalam family kami

Sesampai sahaja di klinik , selesai membuat pendaftaran, Rian dikeluarkan dari carriernya. Beberapa maklumat tentang Rian seperti baka, umur, makanan apa dimakan ditanya oleh doktor untuk mendapatkan maklumat terkini

img20161204135417.jpg Muka tak puas hati bila KP kata kena jumpa doktor .. hahahaha . Doktor puji Rian sebab bulu cantik cuma gugur sedikit. Sedikit bulu diambil untuk di periksa sama ada ada alahan ke tidak ! img20161204135448.jpg Kemudian rawatan disambung dengan check dibahagian telinga. Hihihi part nie best sebab Rian seolah-olah redha sahaja bila doktor check sebab setiap 2 minggu sekali KP sendiri akan check telinganya
img20161204135810.jpg KP akan pastikan telinganya tidak kotor mahupun berdaki sebab kadang-kadang rian suka mengaru di telinga. Takut hama atau serangga muncul bila di garu
img20161204135801.jpg Part ini agak sedih dimana sedikit darah diambil untuk tujuan memastikan yang Rian adalah sihat
img20161204135753.jpg Sementara menunggu keputusan KP sempat bertanya pada doktor tentang penjagaan rapi kucing dimana baru KP tahu yang kucing pun ada stress mereka tersendiri. Seperti contoh selama ini duduk seorang tetiba ada rakan baru so stress. bila stress bulu gugur. ataupun makanan baru ditukar tak sedap dan tak lalu makan boleh juga mengakibatkan stress.img20161204140915.jpg Nafas pun check ok sama macam kita manusia biasaimg20161204135313.jpg Gigi Rian nampak tak tajam .. Macam dracula pun ada. Gigi cantik tiada masalah ..img20161204135332.jpg Yang ini untuk check suhu badan kucing. Kalau kita check sama ada letak dibawah ketiak atau bawah lidah bukan tapi untuk kucing termometer dimasukkan di bontot. Ini untuk memastikan sama ada suhu nya normal atau tinggi dimana ianya demamimg20161204135636.jpg Untuk Rian, semuanya ok kecuali dari result alahan tadi memang Rian mempunyai alahan tetapi tidak tahu apa . So KP dan anak-anak perlu mencari alahan apa yang Rian ada. Mungkin perlu menukarkan makanannya dahulu, atau tempat tidur ataupun kawasan tempat dia bermain. Demi Rian apa pun KP sefamily sanggup menjaganya dan mencari jawapan. img20161204134809.jpg Di klinik klinik yang terpilih membuat Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet , bukan setakat rawatan percuma tetapi ada beberapa maklumat dikongsikan bersama seperti pengkasian kucing dan anjing untuk informasi semuaimg20161204135932.jpg

Jadi , apa kata mulai sekarang anda yang mempunyai bintang peliharaan terutama sekali kucing mendaftar dalam Kempen Royal Canin’s MyCat2Vet . Rawatan kucing perlu dibuat mengikut appointment agar ianya sihat . Bukan waktu sakit sahaja baru dibawa untuk rawatan atau check up . DIVA Rian dah anda bila lagi

img20161204135452.jpg