PENA KITEPUNYA

Gong Xi Fa Cai, Tahun Ni Tahun Monyet

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gong Xi Fa Cai, Tahun Monyet

Pagi Ahad order nak makan ayam penyet
Sedang minum teh O gelas berkecai
Hati hati main api wahai si monyet
Sebabnya KP nak ucap Gong Xi Fa Cai …

Tahun Monyet

Gong Xi Fa Cai buat semua rakan-rakan KP yang menyambutnya. Tahun yang dinantikan untuk sama-sama berkumpul tidak kira yang jauh ataupun dekat. Semalam sewaktu “makan besar” atau reunion dinner semuanya berkumpul berkongsi cerita mahupun suka bersam-sama.
Tahun monyet

Pada yang tidak menyambutnya, selamat bercuti bersama mereka yang tersayang.Cuti perayaankan seminggu jadi ramai yang pulang ke kampung halaman mahupun mengambil kesempatan untuk bercuti bersama family. Ke mana pun pergi, ke mana pun dituju jangan lupa pada orang tuamu. Jenguklah mereka walaupun sekejap kerana kesekejapan itu bakal memberikan kebahagiaan buat mereka.

tahun monyet

Nota: Ikut kalendar Cina, KP lahir tahun monyet. moga tahun ini memberikan sinar, peluang, kesejahteraan, kegembiraan, kesihatan dan rejeki buat semua tak kira agama, bangsa. OKlah kengkawan nak sambung sembang ngan pakcik makcik jap.

Gong Xi Fa Cai, Tahun Monyet

#kitepunye #kitepunyedotcom #tahunbarucina #tahunmonyet