Pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose & Kempen #AFreshStart 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose & Kempen #AFreshStart |Wanita di Malaysia kini boleh mempunyai kulit bawah lengan yang lebih cerah secara semulajadi, perlindungan yang diperlukan dan pada masa yang sama nikmati kesegaran bunga yang berpanjangan – yang pertama seumpamanya.

Bersempena dengan pelancaran Rexona Whitening Fresh Rose, Rexona turut melancarkan kempen #AFreshStart yang akan berlangsung sepanjang tahun, memberi semangat kepada wanita di Malaysia untuk memulakan semua perkara dengan nafas baharu.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperkasa wanita di Malaysia dengan memberikan suntikan keyakinan dalam semua aspek kehidupan mereka – ini termasuk aspek kecantikan, kecergasan dan fesyen. Seterusnya membenarkan mereka untuk tampil yakin dengan bawah lengan yang cerah dan segar sepanjang masa.

“Sebagai jenama deodoran terkemuka di dunia, kami memahami keperluan wanita yang memerlukan penyelesaian untuk bawah lengan yang boleh dipercayai dan tahan lama. Ramai yang terlepas pandang keperluan untuk menjaga bawah lengan kerana ia bahagian badan yang boleh disembunyikan bila perlu, namun ramai tidak menyedari bahawa mempunyai bawah lengan yang licin, cerah dan segar merupakan kunci mendapatkan keyakinan yang diperlukan untuk melakukan semua perkara. Oleh itu, kami teruja untuk menawarkan rangkaian baharu ini kepada wanita di Malaysia”

-Callista Fernandez, Pengurus Kanan Jenama bagi Deodoran, Unilever Malaysia.

Rexona Whitening Fresh Rose baharu ini merupakan susulan pelancaran rangkaian Rexona Whitening Fresh Sakura dan Fresh Lily September lalu. Ketiga-tiga deodoran berasaskan bunga dalam rangkaian baharu ini menggabungkan kandungan semulajadi yang mencerahkan, disamping teknologi Motionsense™, yang mengandungi mikrokapsul wangian unik, yang diaktifkan apabila anda bergerak. Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak wangian dilepaskan.

Dalam memberi inspirasi kepada wanita untuk memulakan lembaran baharu #AFreshStart bersama Rexona, duta jenama Ayda Jebat turut serta meraikan pelancaran varian baharu dan kejayaan kempen ini bersama Rexona.

“Ia merupakan peluang yang sangat menarik dan saya berasa rendah diri dapat memainkan peranan dalam kempen sebegini untuk wanita di Malaysia. Saya dibesarkan dengan perasaan yang tidak yakin akan diri sendiri dan ditambah pula dengan jadual yang padat, ia memberikan saya keyakinan baharu dengan adanya produk ini yang memberikan kesegaran sepanjang hari dan keberkesanan mencerahkan bawah lengan secara semulajadi.”

-Ayda Jebat, Duta Jenama Rexona.

Rangkaian Whitening Fresh baharu oleh Rexona menawarkan tiga jenis kesegaran bunga iaitu:

  • Fresh Sakura
  • Fresh Lily dan
  • Fresh Rose baharu

Harga:

  • Rexona Whitening Fresh Rose RM9.85 – RM15.40
  • Rexona Whitening Fresh Sakura RM9.85 – RM15.40
  • Rexona Whitening Fresh Lily RM9.85 – RM15.40

Rexona Whitening Fresh Rose baharu kini boleh didapati di semua pasaraya utama, farmasi dan di kedai runcit seluruh negara.

Facebook: https://www.facebook.com/RexonaMY
Instagram: https://www.instagram.com/rexonamalaysia



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top