Pelancaran PURINA Make a PAWSitive Difference

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelancaran PURINA Make a PAWSitive Difference|Memahami bagaimana haiwan peliharaan menjadi sebahagian integral dalam kehidupan keluarga moden , PURINA melancarkan kempen Make a PAWSitive Difference untuk memperkasakan pemilik haiwan peliharaan dengan inovasi dan pengetahuan yang akan membantu mereka membuat pilihan yang lebih baik dan lebih bermakna dan seterusnya membawa perubahan positif ke dalam kesihatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan mereka.
Kempen yang dilancarkan di Sunway Nexis ini dimulakan dengan perbincangan panel bersama pakar- pakar industri dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan serta kehadiran selebriti seperti Bujibu Chempel, Johan and his cats dan The Als Malaysian Cat.  PURINA bersama pakar dan selebriti ini memperlihatkan inovasi baru PURINA dan memberikan nasihat mengenai kesihatan dan interaksi kucing
“Semenjak 85 tahun, PURINA berpegang teguh pada kepercayaan bahawa haiwan peliharaan dan tuan mereka melengkapi satu sama lain. Ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus menambah baik pemakanan haiwan peliharaan dan hari ini kami dengan bangganya melancarkan tiga inovasi baru iaitu PURINA ONE, Fancy Feast dan Felix sebagai sebahagian daripada kempen Make a PAWSitive Difference – (Lakukan Perubahan Positif ).
Inovasi ini dibuat dengan mengambil kira nutrisi haiwan peliharaan anda. Ianya mengandungi ramuan berkualiti dan sewajarnya yang diperlukan oleh haiwan peliharan anda untuk kekal sihat dan aktif”
-kata Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Purina Petcare, Nestlé Purina Malaysia
Dengan PURINA ONE, pemilik kucing dapat melihat perubahan ketara pada kucing mereka dalam masa tiga minggu. Minggu pertama pemilik boleh melihat kucing mereka lebih bertenaga dan sistem penghadaman yang lebih sihat pada minggu kedua. Untuk minggu ketiga pula dapat melihat bulu kucing mereka lebih berkilat. PURINA ONE mengandungi ramuan berkualiti tinggi dengan lebih 30% protein dimana daging merupakan ramuan utama sewaktu seisi bersama pakar dan selebriti ini dalam inovasi baharu PURINA

“Memahami bahawa kucing menggemari pelbagai makanan tekstur yang berperisa lazat, Fancy Feast Dry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar. Ada juga pelbagai pilihan Makanan Basah dimana melengkapkan kuliner makanan yang digemari oleh kucing. Ini terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia iaitu Bujibu Chempel. Makanan basah Felix baru dibuat berlandaskan resipi Jepun. Ia mengandungi ketulan daging panggang dalam jeli perang keemasaan dan bau yang menambah selera”

Felix boleh didapati dalam enam jenis iaitu Tuna untuk kucing dewasa dan anak kucing pula pilihan Salmon, Ayam. Makerel,Sardin mahupun Tuna. Selain daripada itu,semua produk makanan kucing PURINA disahkan ‘SUCI BERSIH ’. Ini bermakna semua ramuan yang digunakan mematuhi Undang -Undang Syariah. Logo yang dipaparkan pada bungkusan telah diluluskan oleh Islamic Food Research Centre (Hong Kong) Co. Ltd , ahli Majlis Halal Dunia.

“Pada zaman sekarang kita sering dihujani pelbagai maklumat dalam talian mahupun luar talian. Hampir mustahil untuk kita mengetahui maklumat betul yang patut kita ikuti. Oleh itu kami teruja dengan kehadiran Dr Hasliza dan Johan bersama kami. Untuk memberi nasihat dan menceritakan pengalaman mereka kepada pemilik haiwan peliharaan untuk membantu mereka lebih memahami tentang keperluan haiwan peliharaan masing- masing dan membawa perubahan PAWsitif dalam peliharaan”
-kata Pui YueeMake a PAWSitive Difference
Kita memahami bahawa kucing menggemari pelbagai makanan tekstur yang berperisa lazat, Fancy Feast Dry Gourmet Food kini boleh didapati dalam bungkusan lebih besar untuk menambah kemudahan. Bersama dengan pelbagai pilihan Makanan Basah, Fancy Feast Dry Gourmet Food melengkapkan pengalaman kuliner makanan yang digemari oleh kucing. Ini terbukti apabila Fancy Feast menjadi pilihan kucing selebriti Malaysia, Bujibu Chempel.
PAWS Animal Welfare Society (PAWS) berada di kempen untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang adopsi haiwan, mendidik orang ramai tentang cabaran operasi tempat perlindungan haiwan, dan sumbangan yang boleh diberi oleh orang ramai. Ini dilakukan melalui aktiviti di gerai mereka dan melalui sesi perkongsian oleh pengurus perlindungan PAWS, Edward Lim.
Sempena pelancaran inovasi dan produk barunya, PURINA akan membekalkan makanan haiwan peliharaan kepada PAWS (Persatuan Kebajikan Haiwan) untuk 100 haiwan peliharan selama 100 hari dengan harapan haiwan ini akan mendapat nutrisi secukupnya dan memastikan mereka kekal sihat. PURINA akan juga menyumbangkan 12% daripada jumlah jualan produk di laman Shopee dari 1hb hingga 12hb Disember 2018 kepada PAWS. Ini adalah sebahagian daripada komitmen Purina untuk kempen Make a PAWSitive’ Difference.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge