Pelancaran Airbnb Plus Selepas Mendapat Permintaan Meluas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelancaran Airbnb Plus Selepas Mendapat Permintaan Meluas | Airbnb, platform perjalanan yang didorong oleh komuniti yang terkemuka di dunia, hari ini mengalu-alukan pertumbuhan di tahap yang seterusnyadi Malaysia dengan pelancaran Airbnb Plus di Kuala Lumpur. Dengan lebih daripada dua juta ketibaan tetamu tahun lepas ke Malaysia, Airbnb ingin membantu pelancong mencari penginapan yang lebih unik berdasarkan cadangan yang dipercayai.

Airbnb Plus merupakan pilihan kediaman dengan kualiti tertinggi yang ditawarkan oleh hos dengan ulasan yang bagus dan menonjolkan perincian. Setiap Airbnb Plus telah disahkan untuk kualiti oleh pihak ketiga, memberikan jaminan tambahan kepada tetamu mengenai kualiti penginapan mereka. Menekankan cara program tersebut memenuhi permintaan meluas daripada ramai tetamu terhadap perkhidmatan Airbnb

 “Airbnb Plus mewakili tahap penginapan baharu yang disahkan secara peribadi untuk segala keselesaan dan kemudahan yang diharapkan oleh pengembara apabila mereka berada jauh dari rumah. Selain itu, kami ingin mengiktiraf hos yang berusaha keras untuk menyediakan layanan yang luar biasa”.“Airbnb adalah bandar ketiga kami di Asia Tenggara untuk melancarkan Plus, dan saya amat teruja dengan pertumbuhan berterusan komuniti hos tempatan kami telah membolehkan kami mengembangkan produk kami dan memenuhi permintaan pengembara yang semakin meningkat terhadap layanan tempatan yang tulen di Malaysia”.

-kata Mike Orgill, Pengurus Besar Airbnb di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan,

Terletak di dalam kawasan kejiranan yang paling dicari di Kuala Lumpur, Airbnb Plus adalah untuk tetamu yang mencari penginapan yang unik, direka dengan baik dan menarik dengan hos yang luar biasa. Hos-hos Airbnb Plus mendapat penarafan tinggi (4.8+ daripada 5) dan menerima ulasan yang cemerlang, memberikan ketenangan tambahan kepada tetamu. Penginapan Airbnb Plus telah diperiksa dan disahkan secara peribadi oleh pihak ketiga dengan perbandingan terhadap senarai semak 100+ mata yang merangkumi kebersihan, keselesaan dan reka bentuk. Hos Airbnb mendapat manfaat daripada penempatan tertinggi di aplikasi dan laman web Airbnb, dalam-perkhidmatan penginapan, fotografi mahir dan sokongan pelanggan premium.



Malaysia merupakan pasaran yang penting dan berkembang pesat bagi Airbnb dengan pertumbuhan 99% dalam bilangan tetamu yang tiba di Malaysia dan pertumbuhan 63% dalam bilangan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mengembara dalam tahun lalu sahaja. Khususnya di Kuala Lumpur, Airbnb melihat peningkatan yang mengagumkan sebanyak 103% dalam perjalanan luar negara dan domestik ke bandar ini, di mana Airbnb Plus akan menjadi pilihan yang bagus untuk keluarga semasa tempoh perjalanan puncak seperti cuti bulan Disember yang akan datang.

Selera bukan sahaja untuk perjalanan di Airbnb; terdapat peningkatan hampir 60% tahun ke tahun dalam jumlah rakyat Malaysia yang ingin berkongsi rumah mereka juga. Ini adalah di luar kejayaan Airbnb dalam melancarkan Pengalaman di seluruh negara dan membangunkan perkongsian strategik utama termasuk Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Kerjasama ini bertujuan untuk mendorong pembangunan pelancongan yang inklusif dan mampan di Malaysia melalui keusahawanan pengembaraan dan hospitaliti yang sihat.

Airbnb sentiasa berusaha untuk mengubah cara orang mengembara bagi membolehkan mereka tinggal di sesuatu tempat seperti penduduk tempatan. Dengan Airbnb Plus, Airbnb melangkah lebih jauh dengan menambahkan tahap penginapan baharu yang disahkan dari segi kualiti dan keselesaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menginap di mana-mana Airbnb yang tertera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge