PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE|Baru baru ini di Saloma Bistro, Pak Nil telah melancarkan Pakej Pelayaran Star Cruise Langkawi-Phuket-Penang. Sambutan hebat daripada peminat yang menyertai percutiqn bersama Pak Nil pada tahun 2013 telah memberikan satu tiupan semangat kepada Pak Nil untuk mengadakan satu lagi percutian bersama peminatnya pada 6-9 April 2014. 

1898277_1472046753018181_998371385_n

Percutian kali ini lebih bermakna kerana ia satu penghargaan kepada semua peminat Pak Nil yang telah menyokong kerjaya Pak Nil sepanjang lebih 24 tahun sebagai penggiat seni. Semestinya perlayaran ini di anjurkan oleh Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel untuk memperkenlkan percutian di atas kapal.

Pakej Pelayaran Pak Nil
Pakej Pelayaran Pak Nil

Menurut Pengarah Urusan Malaysian Harmony Tours and Travel, Encik Cooper Huang  percutian di atas kapalmerupakan satu percutian yang ideal dan mudah.

“Bercuti atas kapal ini sebenar amat menyenangkan.Setelah daftar masuk, tidak perlu lagi tukar hotel atau bilik seperti percutian normal. Makanan dihidangkan empat kali sehari. Semuanya telah termasuk dalam pakej yang telahdibayar. Tiada caj tambahan diperlukan,” kata Cooper  Huang.

1891134_1472035416352648_1461750544_n

Sebagai seorang ikon di Malaysia, sesiapa yang mengikuti pakej pelayaran ini pada bulan April ini, anda pasti akan terhibur dan seronok selama 4 hari kerana suatu program khusus telah dirancang oleh Pak Nil sendiri. Bukan itu sahaja di dalam pakej pelayaran ini juga akan di berikan kad akses ekslusif dan pelbagai cenderamata istimewa

Sementara itu menurut Datuk Aznil Hj Nawawi,orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif mengenai percutian ini.“Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selerakerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoranmakanan halal  yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Selain itukapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dandiubahsuai untuk memberikan keselesaan yang barukepada semua penumpang,”katanya.

1922486_1472035373019319_1752988209_n

Sedikit informasi tentang SuperStar Libra

SuperStar Libra adalah barisan kapal mewah milik Star Cruise, peneraju utama pelayaran di Asia Pasifik yangturut berpangkalan di Kuala Lumpur. Direka bagi memenuhi keperluan penumpang yang inginkan percutian di tengah lautan dengan suasana lebih tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia adalah resort ekslusif yang terapung di laut lepas di samping hiburanserta aktiviti rekreasi serta layanan mesra kru bertarafAsia yang menyeronokkan. Terdapat enam jenis kabin yang ditawarkan mengikut cita rasa penumpang iaituExecutive Suite, Junior Suite, Deluxe OceanviewStateroom, Oceanview Stateroom with Window,Oceanview Stateroom with Porthole serta Inside Stateroom.

Aktiviti di SuperStar Libra

1940010_1472046739684849_725429152_n

Mengenai aktiviti di SuperStar Libra, kapal mewah itumenawarkan hiburan dari semasa ke semasa bergantung kepada had umur pelancong. Kanak-kanak berpeluang mempelajari seni dan kraf seperti membuat origami, deko kek cawan serta lukisan wajah. Hiburan malam dengan barisan penghibur adalah krukapal manakala jemputan istimewa penyanyi dan penaridari luar negara seperti Shelly Dartez dan WestleyStevens. Persembahan itu di adakan di  Stardust Lounge dengan beberapa tema seperti Show Time (Ultimate 80’s)menampilkan persembahan ala 80-an.Jika gemarkansuasana santai diiringi alunan suara ‘liveband’, lokasinyadi Galaxy of the Stars dengan pelbagai muzik terbaru.

Di ruang atas yang terbuka, ia menempatkan beberapa restoran berbayar bersama pusat kecergasan, spa sertalounge. Ia turut mempunyai salun rambut dan kecantikan,perpustakaan mini, pusat kesihatan, galeri foto serta pusatpenjagaan kanak-kanak dari satu hingga empat tahun danlima hingga 12 tahun dengan bayaran antara RM10hingga RM15.

1625656_1472035443019312_1977834668_n

Pada siapa yang berminat bolehlah memberi

Email: kitepunye2013@gmail.com.

Facebook: www.facebook.com/nannieisa

hp:012-2000655

 

Jom readers ramai ramai kita war-warkan ..

4 thoughts on “PAK NIL LANCAR PAKEJ PELAYARAN STAR CRUISE”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge