PADI REBORN SAMBUT ULANGTAHUN KE25, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedar tak sedar bakal sambut ulangtahun ke 25. Bakal menyambut di Malaysia!

PADI REBORN

Di dalam album Tak Hanya Diam yang dipasarkan pada sekitar tahun 2007, terdapat sebuah lagu dengan judul Jangan Datang Malam Ini.

Namun bukan sahaja malam ini, malah di hari ini dan pada masa akan datang, kami sentiasa mengalu alukan kedatangan Padi Reborn ke Malaysia. Iya, selamat datang ke Malaysia.

Bertemu dan menyapa para Sobatpadi yang merindukan sang penghibur dengan barisan penyanyinya, Fadly, Piyu (gitar), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram).

KONSERT 25 TAHUN PADI REBORN

Apalagi, ia pasti menjadi momen yang begitu indah kerana kehadiran kumpulan ini adalah sempena merayakan ulang tahun ke-25 mereka dalam belantika muzik nusantara.

Dibawakan sekali lagi oleh Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm), penganjur sama yang membawa mereka bertandang dan menyapa Sobatpadi beberapa tahun lalu.

ZEPP KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER 2022

Kini sempena ulang tahun jubli perak mereka, n belum terlambat merayakannya. Bersama Sobatpadi dan penggemar muzik pada 3 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

“Ini adalah sebuah kesempatan yang mengujakan buat seluruh anggota Padi Reborn kerana akan merayakan perjalanan dan ulang tahun jubli perak kami yang ke-25 di Malaysia.

“Terima kasih kerana masih mahu berjalan harmoni bersama,” ujar pengasas serta pemain gitar Padi Reborn, Piyu.

MEMPUNYAI PEMINAT SENDIRI

Sementara itu Pengarah Qew Comm,  Datin Rahizahwati  Yahya juga melahirkan rasa syukur kerana sepanjang pandemik melanda dunia, sesuatu yang tertunda termasuk keinginan mereka membawa Padi Reborn kembali ke Malaysia menjadi nyata.

“Kami percaya dengan kembalinya Padi Reborn ke Malaysia sempena ulang tahun ke- 25 akan memberi satu lagi justifikasi tentang kumpulan yang mempunyai pengaruh dan peminatnya sendiri ini sebagai penghibur yang tidak akan mati ditelan zaman,”

– ujar Datin Rahizahwati Yahya.

Sebelum menggunakan nama ini, lima karyawan seni ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan nama Padi pada sekitar tahun 1997.

COMBACK DARI ‘TIDUR YANG PANJANG’

Pasca hiatus tujuh tahun lamanya dari industri hiburan, grup musik Padi kembali dengan semangat baru bertransformasi menjadi Padi Reborn.

Setelah ‘comeback’ dari tidur yang panjang dan bersatu kembali di tahun 2017. Menelurkan album Indera Keenam (2019) serta karya dan terobosan yang belum pernah dilakukan sebelumnya.

Mulai dari melancarkan single, album terbaru, video klip dan kolaborasi filem pendek, menjadi hos untuk program televisyen swasta. Hinggalah menciptakan lagu pendek bersama Satgas Penanganan Covid-19.

TIDAK WAJAR DITUNDA ATAU TANGGUH

Dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi, perjalanan panjang 25 tahun yang direntasi. Konsert 25 Tahun Padi adalah sesuatu yang tidak wajar ditunda atau ditinggalkan.

Selamat berhibur Sobatpadi pada 3 Disember 2022 di Zepp KL. Nantikan maklumat selanjutkan dari Qew Comm kelak.

Tiket-tiket dengan harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP)

Website Ticket|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge