OPPO F11 Pro Tampil Gabungan Artis Tempatan & Antarabangsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

OPPO F11 Pro Tampil Gabungan Artis Tempatan & Antarabangsa|OPPO, jenama telefon pintar global terkemuka, secara rasminya melancarkan OPPO F11 Pro di Malaysia hari ini di Padang Polo, Bukit Kiara Equestrian Country Club. Menambahkan lagi keceriaan dan glamor di pelancaran tersebut, OPPO Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan pujaan tempatan, Fattah Amin sebagai Duta Produk dan penyanyi dan penulis lirik Asia, Eric Chou sebagai Ikon Potret OPPO F11 Pro.

Mempunyai peminat Malaysia yang ramai, Eric Chou sangat gembira dapat kembali ke Malaysia untuk pelancaran OPPO F11 Pro. Artis yang berbakat ini juga Ikon Potret untuk OPPO F11 Pro dan beliau memujikan ciri kamera 48MP ultra-clear telefon pintar ini dan keupayaannya untuk menangkap potret cemerlang walaupun dalam cahaya yang rendah.

“Waktu malam adalah ketika inspirasi saya datang mencurah-curah dan saya sukakan perasaan itu. Bukan itu sahaja, bahkan sebahagian besar perjumpaan saya bersama keluarga dan rakan-rakan adalah pada waktu malam, jadi kita akan mengambil gambar bersama-sama. Amat bagusnya saya mempunyai F11 Pro dengan kamera Mod Malam Ultra 48MP + 5MP, kerana saya boleh mengambil banyak foto yang hebat tanpa bimbang foto itu akan kabur dan saya boleh kekal kacak apabila menggunakannya mod potret untuk mengambil gambar saya pula, ”

-Eric Chou.

Sementara itu duta produk OPPO F11 Pro, Fattah Amin menyatakan keterujaannya terhadap reka bentuk anggun dan teknologi inovatif telefon pintar yang sesuai dengan pilihan personaliti dan gaya hidupnya. “Sebagai pelakon, saya sentiasa sibuk dan sering menggunakan telefon saya untuk menyemak jadual, membalas e-mel dan berkongsi perkembangan saya terkini di media sosial. Apa yang menggembirakan saya mengenai OPPO F11 Pro adalah teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 yang membolehkan saya mengecas telefon dengan pantas pada waktu tertentu tanpa mengganggu aliran kerja. Telefon F series terbaru juga dilengkapi dengan pecutan Hyper Boost yang memastikan pengalaman permainan berkualiti tinggi, memudahkan saya mendapatkan sedikit hiburan pada waktu rehat di hari yang sibuk.”,

-Fattah Amin.

“Kami sangat gembira dengan penyertaan Eric Chou dan Fattah Amin dalam pasukan selebriti kami kerana mereka adalah definisi sebenar falsafah yang membentuk OPPO F11 Pro. Selama bertahun-tahun kami mengenali mereka sebagai artis yang mempunyai pelbagai peranan setiap hari – sama seperti ColorOS 6 yang dimuatkan dalam OPPO F11 Pro yang membolehkan pengguna beralih lancar dalam ruang hubung kait di antara tugas dan gaya hidup. Inilah yang menjadikan Eric dan Fattah menjadi ikon yang sempurna untuk jenama kami. Direka dengan teknologi pembuatan yang tepat dan inovatif, OPPO F11 Pro adalah sahabat yang mesti dimiliki oleh semua, dari kreatif hingga ke profesional,”

-William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

Reka Bentuk Baru: Dari Trend ke Seni
OPPO juga telah mencapai kejayaan cemerlang dalam reka bentuk dengan menyatukan kecantikan semulajadi ke dalam OPPO F11 Pro dengan reka bentuk warna kecerunan.

OPPO mengenengahkan estetika “penciptaan semulajadi” dan telah menampilkan keindahan alam semula jadi pada OPPO F11 Pro menerusi kejayaan dalam penemuan kedua-dua bahan dan kemahiran. OPPO juga merupakan pengeluar telefon pintar pertama yang mencipta reka bentuk kecerunan tiga-warna, yang dikenali sebagai Thunder Black. Reka bentuk kecerunan unik ini menyatukan warna merah dan biru bersama dengan hitam klasik, seumpama meteor yang melintasi langit malam. OPPO juga mencipta reka bentuk kecerunan dua-warna unik, iaitu Aurora Green, yang mendapat inspirasi dari lautan biru yang bertenaga sama melengkapi benua hijau yang subur.

Tambahan pula, OPPO F11 Pro dilengkapi dengan skrin Panorama FHD+ 6.5 inci, memaparkan nisbah aspek 19.5:9 dan nisbah skrin-ke-bodi sebanyak 90.9%. Ia juga mempunyai modul kamera depan yang tersembunyi untuk membebaskan ruang bagi paparan skrin penuhnya. Motor kamera hadapan telah diuji dengan teliti untuk memastikan ia dapat beroperasi sebanyak 100 kali penggunaan sehari selama 6 tahun tanpa gagal, memastikan pengalaman pengguna yang positif.

OPPO F11 Pro juga mempunyai reka bentuk yang terperinci, bukan sahaja mengekalkan reka bentuk bulan sabit yang dioptimumkan pengalamannya dari generasi terdahulu, tetapi juga menambah modul kamera tersembunyi berwarna kuning amber yang telus. Apabila kamera dibuka, pengguna akan melalui suatu pengalaman visual yang menakjubkan.

Dari Pakar Swafoto ke Potret Cemerlang
OPPO terus berinovasi dalam bidang fotografi swafoto dan dengan OPPO F11 Pro, ia telah mengambil langkah seterusnya dalam mendorong pengguna untuk menjadi mahir dengan meningkatkan fungsi kamera belakang. Dalam usaha untuk membantu pengguna merakam gambar yang hebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja, OPPO telah berusaha keras untuk membuatkan ia mudah mengambil potret yang jelas dan luar biasa pada waktu malam.

OPPO F11 Pro dilengkapi dengan sensor imej 48 MP dan persediaan kamera belakang bukaan besar F1.79. Bersama-sama dengan lensa 6P, kamera dapat mengesan dan menyerap cahaya tambahan apabila menangkap gambar dalam keadaan cahaya yang rendah, memastikan lebih banyak perincian dapat ditangkap. Apabila menangkap potret malam, teknologi Tetracell sedia ada akan menganalisis dan menggabungkan data dari empat piksel bersebelahan untuk mencapai bersamaan piksel 1.6μm tunggal.

Dengan dua kali bilangan piksel fotosensitif, ia meningkatkan sensitiviti cahaya dan membolehkan pengguna untuk merakam potret malam yang lebih jelas.

Selain itu, OPPO F11 Pro juga menggunakan teknologi Mod Ultra Night dan Mod Colour Dazzle. Teknologi ini memanfaatkan AI dan teknologi pengurangan hingar berbilang bingkai bagi mencapai pengurangan bunyi, penstabilan genggaman, cengkaman sorotan, dan julat dinamik yang dipertingkatkan. Teknologi-teknologi ini sekaligus membekalkan pengguna menangkap lebih banyak tahap kecerahan dan perincian yang biasanya melebihi had mata manusia. Apabila menangkap potret malam, OPPO F11 Pro secara automatik boleh membezakan wajah manusia dari latar belakang, memastikan bahawa manusia adalah fokus pemandangan.

Dilengkapi dengan lensa 48 MP, Mod Ultra Night, dan Mod Colour Dazzle, OPPO F11 Pro memiliki kombinasi perkakasan dan aplikasi perisian yang membolehkan pengguna untuk mudah menangkap potret-potret malam yang lebih terperinci dan menakjubkan. Bukan sahaja menangkap potret-potret yang hebat dengan kamera belakangnya, tetapi juga mengekalkan tradisi “Pakar Swafoto” dalam siri F. Swafoto yang diambil adalah semulajadi dan cantik.

Dari Fotografi kepada Semua Tujuan
OPPO F11 Pro juga berjaya menaik taraf pengalaman pengguna keseluruhan.Ia dilengkapi dengan bateri 4,000mAh, 500 mAh lebih tinggi daripada generasi terdahulu. Teknologi pengisian kilat VOOC 3.0 baru memanfaatkan algoritma FFC baru, memendekkan masa pengecasan sebanyak 20 minit berbanding generasi terdahulu. Ini bermakna boleh dicas sepenuhnya dalam masa 80 minit. Dari segi keselamatan, OPPO mempunyai penyesuai khas, bateri, kabel, litar dan antara muka, untuk membangunkan lima teknologi perlindungan pintar bagi memastikan keselamatan penggunanyat.

Sekarang, VOOC mempunyai lebih dari 90,000,000 pengguna di seluruh dunia. OPPO F11 Pro juga mengurangkan penggunaan kuasa melalui perkakasan dan teknologi perisian yang dioptimumkan. Ia mengandungi CPU MTK P70 berkuasa rendah dan paparan yang dilengkapi ram, sambil memantau penggunaan kuasa aplikasi dengan tepat untuk mengoptimumkan prestasi aplikasi. Oleh itu, ia mencapai jangka hayat bateri yang lebih lama melalui teknologi pengecasan yang lebih cepat, bateri berkapasiti yang lebih besar, dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Berkenaan dengan permainan, OPPO secara bebas telah membangunkan enjin pecutan prestasinya sendiri yang dipanggil Hyper Boost, dioptimumkan untuk 11 permainan mudah alih yang popular, termasuk PUBG dan AOV. Dengan mengoptimumkan pelan pemanduan sumber sistem, sumber-sumber perkakasan boleh digunakan dengan lebih berkesan yang menghasilkan tindak balas permainan yang lebih cepat, tidak terputus dan tiada paparan yang terganggu. Di samping itu, OPPO juga memperkenalkan dua peralatan bermanfaat iaitu Game Space dan Game Assistant, memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar kepada pemain.

Ianya juga dilengkapi dengan sistem ColorOS 6 baru, yang direka khas untuk telefon pintar berskrin penuh. Reka bentuk tanpa sempadan yang inovatif terus meningkatkan kemudahan penggunaan. Di samping itu, ColorOS 6 mempunyai pelbagai fungsi, termasuk OPPO Cloud Service, Smart Assistant, dan Gesture Navigation, yang membolehkan pengguna mengalami gaya hidup yang lebih pintar.

Maklumat Ketersediaan Pasaran
Harga RM1,399 OPPO F11 Pro berversi 6GB+128GB akan tersedia untuk pra-tempahan mulai 19 Mac 2019 sehingga 29 Mac 2019. Pengguna boleh membuat pra-tempahan sama ada secara luar talian di kedai-kedai Konsep Rasmi OPPO dan kedai-kedai pengedar sah, atau secara dalam talian di Laman Web Rasmi OPPO dan laman-laman rakan kongsi e-dagang OPPO seperti Lazada, Shopee dan Astro GoShop. Pengguna juga boleh berkunjung ke Celcom Blue Cube, Senheng, senQ, Courts dan Aeon sebagai alternatif. Pelanggan pra-tempahan akan dapat membawa balik  pada hari jualan pertama pada 30 Mac 2019.



About The Author

2 thoughts on “OPPO F11 Pro Tampil Gabungan Artis Tempatan & Antarabangsa”

  1. Oppo F series are quite affordable with latest software and lower price – mid range price ‘ as they are slowly known to public, so this type of post helps to understand the mobile specifications in details and help to get known. we do write about the mobiles and their review as well as specification

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top