Malam Kalimah Cinta Bersama Opick Memukau Para Tetamu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Opick, Malam Kalimah Cinta

Malam Kalimah Cinta bersama OPICK, siapa yang tidak kenal dengan penyanyi OPICK. Pentas Panggung Sari diserikan dengan alunan lagu-lagu indah hasil nyanyian Opick, Siti Nordiana dan Ronnie Hussein di malam pertama Malam Kalimah Cinta. Mengambil keberkatan bersempena dengan sambutan Hari Maulidur Rasul, persembahan Malam Kalimah Cinta bersama OPICK yang berdurasi 90 minit ini turut menampilkan elemen zikir dan berselawat serta di penuhi dengan pertunjukan multimedia dan efek khas yang sangat menarik

Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta

Sedikit informasi tentang Opick

Aunur Rofiq Lil Firdaus, lebih dikenal dengan nama Opick. Beliau lahir di Jember, Jawa Timur merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi lagu-lagu religi beretnis Jawa kebangsaan. Namanya dikenal melalui salah satu karyanya iaitu Dealova yang telah di nyanyikan oleh Once Mekel.

Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta

Opick tampil membuka pentas Malam Kalimah Cinta dengan lagu medley Takafur dan Ya Nabi Salam. Persembahan beliau pada malam ini turut diiringi kumpulan pemuzik yang dibawakan khas dari Indonesia iaitu “Tombo Ati”.

Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta

Dealova

Panggung Sari menjadi semakin meriah setibanya giliran juara GegarVaganza musim kedua keluar mengambil tempat di atas pentas di Malam Kalimah Cinta bersama OPICK

Opick, Malam Kalimah Cinta

Siti Nordiana ( Nana) mendendangkan 2 buah lagu secara duet bersama Opick. Menurut Nana, peluang membuat persembahan bersama Opick di Malam Kalimah Cinta merupakan satu pengalaman yang sangat berharga memandangkan beliau turut meminati Opick. Tambahnya lagi, Opick membuktikan kesungguhan dan keikhlasan setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkan. Lagu yang di duet ialah Maha Melihat dan Takdir

Opick, Malam Kalimah Cinta
Maha Melihat

Opick, Malam Kalimah Cinta

Keindahan Malam Kalimah Cinta di warnai dengan penampilan Ronnie Hussein. Ronnie, penyanyi yang sudah terbukti dengan kemampuan dan kelunakkan vokalnya. Peluang menyampaikan 2 buah lagu Ronnie sangat berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital keranaa membuka peluangnya untuk berkongsi pentas bersama penyanyi yang cukup di segani di Indonesia mahupun Malaysia. Lagu duet Ya Rosulullah bersama Opick pastinya kenangan manis buat Ronnie.

Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta

Di akhir konsert Malam Kalimah Cinta, Opick berharap mereka yang hadir akan berasa puas hati dan terhibur dengan persembahan yang di berikan olehnya dan rakan-rakan. Lebih kurang 23 buah lagu sama ada duet atau single telah di nyanyikan pada malam ini.

Opick, Malam Kalimah Cinta
Rapuh

“Meskipun hanya 1 malam : Malam Kalimah Cinta, sambutan dan energi yang diberikan oleh penonton benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick”

Opick, Malam Kalimah Cinta Opick, Malam Kalimah Cinta

Tiket-tiket Malam Kalimah Cinta masih boleh didapati di kaunter box Office Istana Budaya mahupun AirAsia RedTix menerusi online RedTix. Inginkan maklumat lanjut layari Website Istana Budaya. Sebahagian hasil kuutipan tiket akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia untuk aktiviti amal di seluruh negara. KP tinggalkan dengan video Lagu Cahaya Hati dan Ingat Ingatlah yang dinyanyikan malam itu.

Cahaya Hati

Ingat Ingatlah

#kitepunye #kitepunyedotcom #malamkalimahcinta #opick #maulidurrasul

1 thought on “Malam Kalimah Cinta Bersama Opick Memukau Para Tetamu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top