Ombak Rindu Drama Romantik Yang DiTunggu Bakal Di Tayangkan di iflix

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ombak Rindu Drama Romantik Yang DiTunggu Bakal Di Tayangkan di iflix~iflix , servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, hari ini mengumumkan tarikh siaran perdana drama bersiri yang paling dinantikan, Ombak Rindu The Series. Kesemua pelanggan iflix boleh menonton episod baru setiap minggu secara percuma bermula hari Khamis, 5 Disember, 2019, di iflix.com . dan pada aplikasi SHAREit.

Drama bersiri ini turut membariskan pelakon pelakon handalan Malaysia seperti Remy Ishak dan Izara Aishah sebagai teraju utama iaitu Hariz dan Izzah, pasangan kekasih yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam drama penuh romantik hasil karya paling laris oleh penulis Fauziah Ansari.

Pada tahun 2011, sebuah filem yang telah diadaptasi daripada sebuah novel cinta berjaya menjadi box office dengan kutipan melebihi RM10 juta, karya tersebut mendapat pengiktirafan dari barisan pelakon, pengarah dan meletakkan ia sebagai drama romantik paling ikonik dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia. Selang lapan tahun kemudian, iflix, bekerjasama dengan Infinitus Productions dan pengarah tersohor Osman Ali, menyambung legasi drama romantik tersebut dengan pembikinan drama 4 bahagian bagi melengkapkan kisah cinta antara Hariz dan Izzah.

“Sepanjang lapan belas bulan yang lalu, kami telah mengsasarkan tumpuan ke arah penyediaan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi dan tersedia mudah buat semua pelanggan secara percuma. Kami sangat teruja dan begitu optimistik untuk bekerjasama dengan pembikin tempatan bagi menyesuaikan diri, mengembang dan memasarkan kandungan secara berterusan buat penonton kami. Ombak Rindu The Series merupakan penanda aras dan pencapaian terpenting bagi kami untuk terus memajukan diri sebagai destinasi pilihan utama kandungan lokal dalam talian di Malaysia.
-kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iflix
 “Ombak Rindu masih merupakan drama romatik yang paling disebut-sebut di Malaysia. Walaupun 8 tahun telah berlalu, peminat filem Ombak Rindu masih tertanya-tanya apakah kesudahan kisah cinta di antara Hariz dan Izzah. Kami sangat teruja untuk menyempurnakan tanda tanya para peminat di luar sana dengan olahan yang lebih moden, lakonan hebat dan dipersembahkan melalui idea kreatif pengarah Osman Ali. Nantikan lokasi yang lebih memukau, kisah romantik lebih hebat dan jalan cerita yang penuh kejutan….ini bukanlah drama TV yang biasa-biasa.”
-kata Mark Francis, Ketua Pegawai Konten iflix
“Melihat pada fenomena yang dicetuskan oleh filem Ombak Rindu, kami amat berharap penonton akan seronok dan teruja apabila menonton Ombak Rindu The Series dimana kami merasakan yang ianya cukup rencahnya dari segi pelbagai elemen yang dipaparkan – cinta, hasad dengki, dendam, cemburu, kebaikan, keinsafan dan kekeluargaan.”
-kata Gayatri Su-lin Pillai, Penerbit Eksekutif Infinitus Productions
 “Kami telah diberi peluang untuk mempersembahkan peminat dengan pengalaman baru drama romantik paling epik dengan pendekatan dan pelakon baru seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Uqasha Senrose.”
-kata Osman Ali, Pengarah Ombak Rindu The Series



About The Author

1 thought on “Ombak Rindu Drama Romantik Yang DiTunggu Bakal Di Tayangkan di iflix”

  1. Pingback: The World Of The Married KDrama Secara PERCUMA di K-flix

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top