OlaBola The Musical Kembali Ke Istana Budaya Mulai 18 Februari 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
OlaBola The Musical Kembali Ke Istana Budaya Mulai 18 Februari 2019| Enfiniti Productions dan  lstana Budaya mengumumkan OlaBola The Musical yang pernah menjadi hit sewaktu tahun 2018 di Malaysia akan kembali di pentas Istana Budaya. Kali ini dengan tema “Tighter, Stronger, More Luar Biasa” bakal bermula pada malam 18 Februari 2019.
OlaBola The Musical yang dihasilkan oleh Enfiniti mengikuti perjalanan “Tauke” Chow Kwok Keong, Kapten pasukan yang bertekad untuk memimpin Harimau Malaya ke Sukan Olimpik bersama kawan baiknya, Pengulas sukan iaitu Rahman.
“Disebabkan permintaan popular mulai Februari 2019, Istana Budaya akan kembali menemui para peminat OlaBola The Musical “
“Pementasan pertama OlaBola The Musical mempunyai jualan tiket tertinggi di Istana Budaya pada tahun 2018. Ia menarik minat golongan yang lebih muda menonton teater pada mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki di Panggung Sari Istana Budaya”.
-kata Ketua Pengarah Istana Budaya Dato Mohamed Juhari Shaarani.
Tiara Jacquelina kembali sebagai tunjang utama pementasan ini dengan semangat Tighter, Stronger , Lebih Luar Biasa.
“Saya masih belum tahu sejauh mana versi muzik OlaBola akan diterima apabila kami mulakannya tahun lepas. Ini pastinya merupakan cabaran terbesar dalam kerjaya saya setakat ini kerana yang pertama kali di dunia menceritakan kisah bola sepak telah berjaua diadakan dengan cara ini.
Bagi saya perkara paling berharga adalah mendengar dan melihat penonton teater bersorak untuk tujuan yang sama, memuja kejayaan setiap watak dan menjadi sedih pada saat-saat menyentuh perasaan. Ia benar-benar merasakan seolah-olah kita berada di Stadium Negara dan bukan di Istana Budaya. Interaksi dan keterlibatan penonton pasti mengambil teater ke peringkat seterusnya. Itulah yang team Enfiniti dan saya berharap dapat berbuat lebih banyak lagi dalam projek pementasan sebelum ini”.
-kata Tiara Jacquelina
Antara yang bakal dipersembahkan nanti di OlaBola The Musical

OlaBola The Musical

OlaBola The Musical

OlaBola The Musical

Tiket mulai jual pada 15 Januari 2019 dan boleh dapati melalui buyticket.asia. Untuk waktu persembahan pula pada Selasa hingga Ahad akan di persembahkan jam 8pm. Persembahan pada jam 1.45pm untuk Sabtu dan Ahad.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge