NOSTALGIA RAMADHAN TEMA BUFET DI IDEAS KL, AWESOME!

NOSTALGIA RAMADHAN TEMA BUFET DI IDEAS KL, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ramadan tiba lagi dan pasti ada yang ingin berbuka bersama mereka yang tersayang bukan.

Pelbagai lokasi dan hidangan disediakan. Apa kata kali ini ke Ideas Hotel Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berbuka puasa.

ADA DUA PILIHAN LAH?

Berbuka puasa di sini ada dua pilihan . Sama ada di Batu Road Ballroom mahupun di Restoran Citarasa. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Jangan risau nak tunaikan sembahyang terawih pun ada – diimamkan oleh Ustaz yang dijemput khas

ANTARA MENU YANG ADA

Antara juadah yang pastinya memikat selera adalah Smoked Salmon Roulade, Red Prawn dan Green Mussel di atas ais.

Gado Gado, Vadai dengan topping Chili Mayo serta aneka pilihan roti sandwic.

Disediakan juga juadah salad dengan aneka dresssing yang mana salad ini dipenuhi dengan pelbagai sayur-sayuran, lobak.

Beserta kismis, tomato ceri, timun, kentang dengan mayo, sosej Hungarian, salad pasta dan banyak lagi.

KERABU PUN ADA

Seksyen Kerabu & Ulaman pula menawarkan pelbagai pilihan ulam-ulaman termasuk Daun Pegaga, Ulam Raja, Daun Selom, Bendi Celur, Terung Celur.

Kobis Putih, Kacang Panjang, Kerabu Perut, Kerabu Udang, Kerabu Betik, Kerabu Mangga, Kerabu Daging, dan Kerabu Ayam.

GERAI ACTION

Gerai Action pula menyediakan banyak pilihan juadah antarabangsa seperti Pasta Bella Pasta, Pizza, pelbagai pilihan Bruchetta, Chicken Wrapped, Sup Kambing Mamak, Cream of Mushroom, Breads & Butter.

Yong Tau Foo & Dimsum dengan sos dan perisa sampingan, Mix Satay & Brazilian Kebabs dengan sos kacang, Smoked BBQ Sauce & Condiments.

ADA LAGI YANG BEST SEPERTI

Selain itu Putu Mayam Apollo & Kuih Karas Bakar, Roti John dan Murtabak, Chicken Tandoori, Idli & Dhall, Char Kue Teow & Mee Pasar Malam, Goreng Pisang Cheese, Karipap, Cucur Bawang, Puri, Sambal Sardin.

Mee Kari & Tomyam Hot Pot with Condiments, Roasted Chicken Morroco dengan Nasi Mandi & Sayur-sayuran panggang, kaki kambing bakar.

Daging Rebus Sambal Kerisik Air Asam, Madras Potato & sos Lada Hitam, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang, Bread Butter Pudding dengan sos vanila.

SUDUT BBQ

Menyediakan pelbagai pilihan juadah panggang seperti Roasted Whole Lamb with Spicy Rosemary Sauce, Cucumber Raita, Chicken Sausage, Chicken Wings, Pais Ikan in Aluminium Foil, dan Ayam Percik Slipper Lobster.

Bahagian Sos pula menawarkan pelbagai pilhan sos termasuk Oriental Pineapple, Percik Kelantan, dan Sambal Kicap ABC.

Stesen Kawah pula menawarkan pelbagai hidangan kari termasuk Gulai Daging Cincang Pisang Muda, Kertup Itik/Angsa, dan Kambing Kashmiri.

JUADAH MELAYU

Turut ditawarkan adalah juadah Melayu seperti rendang ayam minang dan sambal sotong kembang. Juadah Cina pula meliputi udang goreng dengan telur masin dan braised beancurd bersama black fungus.

Juadah Barat pula termasuk cheesy potato au gratin dan lasagna.

Pencuci mulut pula termasuk air pancut coklat, kek buatan tangan, pastri Perancis, ABC dengan lebih 60 bahan.

Tiga jenis ais krim dan air minuman seperti air katira, majito, air jagung, teh lemon dan pelbagai lagi.

HARGA NOSTALGIA RAMADHAN IDEAS KL

Tahun ini harga berbuka puasa adalah Batu Road Ballroom – RM148.00 dewasa dan RM74.00 kanak-kanak. Manakala Restoran Citarasa -RM168.00 dewasa dan RM84.00 kanak-kanak Harga diskaun 15% jika anda pemegang kad kredit Maybank

Contact: Restoran Citarasa di 6017-8846552| Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge