Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

NIVEA Care Run 2017 Memperkenalkan NIVEA Deodoran Protect & Care |Sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang NIVEA Care Run 2017 ingin KP kongsikan bersama anda tentang produk terbaru dari NIVEA iaitu Deodoran Protect & Care. Ianya adalah produk terbau dimana dapat membantu untuk mengekalkan dan memberi pelindungan yang berpanjangan sehingga maximum 48 jam  . Ini memang amat lama lebih kurang 2 hari tu. Dalam 48 jam ini, anda akan senantiasa segar sepanjang hari kerna formula inovatifnya yang lembut. Selain itu dapat menyuburkan dan memberikan perlindungan bawah lengan yang lembut dan semestinya licin
NIVEA Care Run 2017 Memperkenalkan NIVEA Deodoran Protect & Care
Bagi wanita yang selalu menjaga bawah lengan pastinya akan membuang bulu dibawah lengan bukan ? Tahukah anda pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan. Jadi bila anda menggunakan   NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut
“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan korang termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,”
kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.
 NIVEA Care Run 2017 Memperkenalkan NIVEA Deodoran Protect & Care
Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11 .30 di semua kedai dan farmasi pasar raya  seluruh negara.
Informasi NIVEA Care Run 2017

NIVEA Deodoran Protect & Care menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara !arian sejauh 5 kilometer yang bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.
Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga. Korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama.

Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan. Acara ini akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini.
lni adalah peluang anda untuk menyertai acara yang berseronok ini, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100.  Daftarkan diri anda di
Website NIVEA Care Run  www.niveacarerun.com.my.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge