Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nikmati Lunch di Swatches Cafe, Fraser Place Puteri Harbour|Kalau sebelum ini KP berkongsi tentang sarapan pagi, kali ini KP mencari kelainan. Tidak perlu lunch di luar memandangkan di Swatches Cafe ada promosi makan tengahari.

SWATCHES

Ianya adalah cafe atau restoran yang terletak di tingkat bawah Fraser Residence. Menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, tengahari mahupun makan malam.

Suasana cafe ini sama seperti sarapan pagi yang KP nikmati. Warna kombinasi untuk meja makan terang di mana dari jauh boleh nampak akan keluasannya.

Nak duduk tepi tingkap boleh, nak duduk di tengah boleh atau nakkan privasi pun boleh

Pemandangan kalau anda menikmati hidangan di tepi tingkap.

Eh nak makan kan! Apa lagi jom ikut KP tengok apa menu yang ada untuk makan tengahari hari ini. Mulakan dengan appetizer katanya.

Ala, salad sebagai pembuka selera. Setiap portion yang di sediakan walaupun comel tetapi bagus. Ini untuk mengelakkan dari pembaziran. Jadi kalau ianya menepati selera, bolehlah repeat balik.

Jangan risau kerana di sini tiada had makanan boleh diambil. Pastikan tidak membazir tau

Ayam Kung Pao

Masakan ayam kung pao ini lebih kepada hidangan masakan Cina. Yang menarik ianya menggunakan cili kering tetapi tidaklah pedas sangat. Sewaktu nikmati hidangan di sini, kelihatan anak-anak kecil menambah 1-2 kali untuk menu ayam ini.

Udang Masak Lemak Nenas

Tak makan ayam boleh pilih menu nie. Masak lemak kuning. Nenas manis dan makan dengan kuah pedas. Jadi rasanya seimbang. Yang penting udang yang digunakan adalah segar.

Cecaru Sambal .

Makan begitu saja ya. Siap repeat balik makan tanpa nasi. Sambal memang pedas dan kalau makan dengan nasi panas panas lagi awesome

Sayur kobis. Walaupun nampak simple tetapi cukup sesuai untuk dimakan tengahari. Goreng dengan ikan bilis.

Antara yang menjadi pilihan KP adalah sup sayur. Cukup rasa dan pelbagai sayur ada didalamnya. Tambah pula dengan hirisan ayam. Makan begitu saja pun boleh

Goreng-gorengan

Ada juga untuk anda yang tidak mengambil nasi untuk makan tengahari . Ada popiah goreng

Buah-buahan

Yang wajib di cari dan makan selepas menikmati hidangan makan tengahari. Pilih dari tembikai merah, tembikai susu mahupun oren. Nasib semua manis. Boleh bertambah-tambah ye

Pemanis Mulut

Untuk semua usia sesuai, tiada yang tertinggal. ‘Portion’-nya pun comel.

Kerana pemanis mulut nie, lama juga KP lepak di sini. Mana taknya lihatlah pilihan kek yang ada. Coklat, redvelvet, cheese cake. sponge cake dan pelbagai lagi. Lengkap dengan secawan teh tarik. Penutup untuk hidangan makan tengahari yang terbaik.

Promosi makan tengahari ini, kalau boleh check dulu dengan pihak hotel. Menu akan berbeza dan berlainan. Jadi janganlah dipinta kenapa hidangan tidak sama apabila menginap di sini.

Makan-makan juga penjarakkan sosial masih dijaga lagi. Setiap meja disini ada jarak tersendiri. jangan lah dialihkan pula ye. Kalau nak ke sini ini alamatnya.

WEBSITE|FACEBOOK|

Alamat:Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge