Netcarbon Anjurkan Tayangan Amal Khas Filem Animasi Supersquad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Netcarbon Anjurkan Tayangan Amal Khas Filem Animasi Supersquad | Netcarbon Sdn Bhd bersama-sama UNITAR International University pada hari ini mengumumkan akan mengadakan satu program CSR iaitu Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad untuk meraikan dan menceriakan anak-anak yatim dan anak-anak yang kurang bernasib baik pada 22 dan 23 Mac 2014 di UNITAR International University, Kelana Jaya dengan kerjasama Kumpulan Media Karangkraf dan Islamic Relief Malaysia. Penganjuran program ini adalah sempena Pra Majlis Pelancaran Filem Animasi SuperSquad
yang akan ditayangkan di pawagam pada cuti sekolah bulan Mei 2014 nanti.


“Tujuan Program CSR Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival Filem Animasi SuperSquad bersama dengan media ialah untuk mendapatkan sambutan penajaan dan sokongan penuh daripada syarikat-syarikat swasta, kerajaan dan orang perseorangan. Oleh yang demikian, Netcarbon dengan berbesar hatinya menjemput dan menyeru syarikat-syarikat swasta.kerajaan dan orang perseorangan untuk menaja anak-anak yatim juga anak-anak yang kurang bernasib baik ini untuk bersama-sama bagi meraikan dan menceriakan mereka di Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival SuperSquad ini pada 22 dan 23 Mac 2014 di UNITAR International University, Kelana Jaya”

“Kami berharap agar anak-anak ini akan gembira kerana dapat bersama-sama dengan pelajar- pelajar kami dan merasakan pengalaman berada di universiti” ujar Encik Wan Ahmad Saifuddin Bin Wan Ahmad Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Unitar Capital Sdn Bhd.

ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Netcarbon Sdn Bhd, Encik Mohd Rashdan Ramlee.

Tujuan diadakan program ini ialah untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik melalui tontonan Filem Animasi SuperSquad yang diadakan KHAS hanya untuk anak-anak dan juga mini karnival yang berbentuk ‘Educational Entertainment (Edutainment)’ seperti pembelajaran pembikinan Animasi SuperSquad dalam bentuk 2D & 3D, Bengkel Animasi 2D & 3D, ‘SuperSquad Mascot Appearance’, beramah mesra dengan Artis Suara serta ‘SuperSquad Edutainment Games’ istimewa untuk anak-anak ini.

Tayangan Amal Khas & Mini Karnival – Filem Animasi SuperSquad 2014

Program yang bakal dianjurkan ini akan menggabungkan 1,200 penghuni-penghuni di Rumah Anak-anak Yatim dan juga Anak-Anak yang Kurang Bernasib Baik seperti anak-anak OKU, anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak-anak pelarian dan anak-anak gelandangan di sekitar Lembah Kelang. Program CSR seperti ini akan diadakan di seluruh Malaysia sepanjang tahun 2014 ini. Insya’ALLAH, Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin akan berangkat mencemar duli merasmikan program ini nanti. Majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis yang menyumbangkan suara mereka untuk karakter-karakter filem animasi tersebut. Antara artis teraju yang terlibat dalam pembikinan Filem Animasi Supersquad ialah Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi Sabri sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini. Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amaris@Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad.

Projek Wakaf Ilmu SuperSquad

Dalam Program CSR ini juga, Netcarbon Sdn Bhd dan Kumpulan Media Karangkraf akan melancarkan ‘Projek Wakaf Ilmu SuperSquad’ di mana penyumbang /penderma akan membeli dan mewakafkan buku yang dibeli tersebut kepada kami semula untuk kamimewakafkan buku itu bagi perpustakaan sekolah yang terpilih, surau dan masjid, anak-anak yang kurang bernasib baik dan pelajar-pelajar yang terpilih. Filem Animasi Supersquad ialah sebuah filem animasi 3D yang dihasilkan oleh syarikat Netcarbon Sdn Bhd. Dalam sidang media yang berlangsung di UNITAR International University Kelana Jaya, wakil media diberi peluang bersama-sama untuk menyaksikan promo dan trailer Filem Animasi Supersquad dan berkongsi pengalaman dengan artis suara SuperSquad.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top