Nescafe Gold Kini Kembali Dengan Wajah & Konsep Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nescafe Gold Kini Kembali Dengan Wajah & Konsep Baharu|Wajah dan konsep baharu untuk rangkaian ini dikongsikan di The Square, Publika . Pelancaran wajah baharu Nescafe Gold ini dipacu oleh komitmen jenama untuk memastikan produknya yang bermutu tinggi dihasilkan dengan teliti.

Untuk melengkap pelancaran, NESCAFÉ telah mereka cipta sebuah kafe kontena pengalaman tersendiri Nescafe GoldD serba baharu yang bukan sahaja memberikan pengalaman yang merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi untuk detik-detik penting yang sangat bermakna kepada para pengunjung.

Nescafe Gold terus dihasilkan secara teliti;

  • daripada pemilihan biji-biji kopi Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih dengan rapi
  • menjalani proses pemanggangan yang menerbitkan aroma dan perisa kopi terbaik
  • menghasilkan adunan dan aroma yang menjadi lambang Keemasan dan perisa yang digemari oleh pengguna Malaysia.

“Inovasi yang kita lihat dalam perniagaan kopi adalah lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi; tumpuan lebih kepada pengalaman yang memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Inilah yang membuat pasukanNescafe Gold bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk mengetengahkan tawaran serba baharu.”

-kata Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Sebagai jenama kopi runcit premium yang terkenal di negara ini, kami dengan bangganya memperkenalkan tawaran baharu ini daripada Nescafe Gold. Ia dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusan jenama. Ini menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempurna.

“Kami bukan sahaja menekankan kualiti produk yang kami cipta, tetapi juga hubungan dengan mereka yang bermakna dalam hidup kita. Kami memberikan perhatian kepada keperincian dalam setiap proses; supaya kami dapat mencipta detik-detik yang memberi pengalaman manis kepada anda. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan kami, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan.

Ini termasuk kafe kontena pengalaman tersendiri Nescafe Gold yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjolkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna,

Keseimbangan dan pembaharuan ini juga digambarkan dengan wajah baharu yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusannya yang menarik. Disertakan corak grafik Emas digilap yang lebih sederhana dan menarik; wajah baharu Tanda Pengenalan ini mencerminkan pengalaman minum kopi yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa.”

-kata Encik Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi NESCAFÉ,

Serentak dengan pelancaran itu, hadirin telah juga diperkenalkan kepada Nescafe Gold experiential café”, membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopi yang unik dan lebih memahami kepakaran dalam seni pembuatan kopi.

Tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif seperti ‘Barista of the Day’ dengan Mesin Barista Nescafe Gold yang turut dipamerkan, untuk menyenangkan mereka membuat dan menikmati kopi gaya kafe di rumah dengan cara yang sangat mudah.

Kafe kontena pengalaman tersendiri Nescafe Gold ditempatkan di The Square, Publika hingga 14 April, sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, dari 19 April hingga 5 Mei untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya, dan seterusnya ke banyak lokasi lain pada minggu-minggu yang akan datang.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge