Neeta Manisha Kembali Dengan Single Terbaru “Hanya Mimpi”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Neeta Manisha Kembali Dengan Single Terbaru “Hanya Mimpi”~ Masih ingat lagi pada Neeta – yang comel dan kulit hitam manis? Kini penyanyi Kumpulan IamNeeta, Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manisha kembali meneruskan projek solo kedua beliau. Kembali dengan melancarkan ‘single’ terbaru yang berjudul “Hanya Mimpi” dibawah naungan NAR Records Sdn Bhd.

Masih lagi mengekalkan judul mimpi di dalam single terbaru, sempat berkongsi tentang lagu ini adalah kesinambungan kepada ‘single’ solo’ pertama beliau yang berjudul “Ruang Mimpi”. Mengekalkan komposer dan penulis lirik yang sama, Becky Zulkepli, Neeta berharap agar single solo keduanya ini  mendapat tempat dihati pendengar seperti mana sambutan yang di terima  untuk single pertamanya dahulu.neeta

“Kalau dulu lagu “Ruang Mimpi” mengisahkan tentang perasaan jatuh cinta kepada seseorang. Tapi untuk “Hanya Mimpi” ini orang yang dicintai dalam Ruang Mimpi itu rupanya telah dimiliki dan harus dilepaskan dengan rela”.

“Sepatutnya lagu ini telah dilancarkan lebih awal tetapi sewaktu fasa pertama merakamkan lagu ini, kita seluruh rakyat Malaysia terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia, dan saya berharap ada hikmah disebalik penundaan tersebut,”

-kata Neeta.neeta

Muzik Video Hanya Mimpi

Pembikinan  video muzik untuk single terbaharunya ini disiapkan dalam tempoh satu hari. Untuk kali ini Neeta serta pihak pengurusnya telah memilih Sky Mirror, Kuala Selangor sebagai lokasi pembikinan video muzik tersebut.

IamNEETA

Menjelaskan bahawa kumpulannya iaitu IamNEETA masih lagi ada dan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada hal tersendiri ahli-ahli yang lain. Bakal melancarkan single terbaharu sedikit masa lagi bagi mengubat kerinduan peminat-peminat mereka. Masih utuh bersama dan sekarang sedang menjalani proses pemilihan lagu untuk single terbaru dalam kumpulan kami.

“Hanya Mimpi” boleh didengar dan dimuat turun diseluruh platform digital seluruh Malaysia bermula 17 Julai 2020. Untuk maklumat lanjut layari

Facebook Neeta : https://www.facebook.com/neetamanis/

Facebook NAR Records: https://www.facebook.com/NARREC/



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top