NARAKA Lagu Tema Untuk Drama Jibril Dari Band PITAHATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

NARAKA Lagu Tema Untuk Drama Jibril Dari Band PITAHATI|Band PITAHATI kini kembali dari “Makmal” mereka dengan release terbaru berjudul NARAKA yang menjadi lagu tema buat siri ‘Viu Original’ berjudul ‘JIBRIL’, terbitan Playground Productions dan Konda Kondi Studios.

JIBRIL, sebuah drama bersiri yang bertemakan penyiasatan ini dibintangi oleh Aeril Zafril, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli dan ramai mendapat respon yang bagus dari para penonton sewaktu ditayangkan di NTV7 dan TV3.

Lagu NARAKA gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta Moden ini sarat dengan mesej mesej tersembunyi dan tersirat yang menjadi intipati dan jiwa siri drama tersebut. JIBRIL kini boleh ditonton online melalui aplikasi dan laman web Viu.

PITAHATI yang dibarisi vokalis Ilham, gitaris Zahar, pemain dram Yasin, pemain bass Masrin dan gitaris Hidayat sebelumnya menghasilkan lagu lagu seperti Bintang Biru Kristal Salju dan Melayar pernah menciptakan skor untuk filem Terbaik Dari Langit dengan lagu temanya Sahabat yang tercalon di Festival Filem Malaysia yang ke 26 untuk Skor Musik Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.

Mereka yang waktu ini sedang dalam siri jelajah NARAKA di semenanjung Malaysia bermula hujung tahun lalu hingga tahun ini menerima sambutan yang baik dari para peminat di semua tempat tempat persinggahan mereka dan mereka akan bermain di Insider Satellite Ipoh, Perak 30 Mac ini untuk tempat penghabisan siri tur ini.

Untuk maklumat tentang Pitahati layari:

facebook.com/pitahati

twitter.com/pitahati

Instagram.com/pitahati

Tonton JIBRIL di Viu: https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-jibril-playlist-25783193



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top