Nantikan Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019| Pernah terfikir tak anda seorang suri rumah ataupun wanita berkerjaya bertanding dalam mana-mana International Pageant. Ini KP kongsikan sedikit sebanyak tentang pertandingan yang bakal diadakan nanti. Buat anda yang berkarier, mahupun yang berkahwin dan inginkan sesuatu yang kelainan, sertai ya.

Pengarah Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019 Cik Audris Kok, seorang yang berkarismatik dan penuh dengan insipirasi. Mempunyai latarbelakang dalam pemasaran perniagaan dan juga pelaburan. Beliau berani mengambil cabaran untuk menjadi ‘mentor’ kepada mereka wanita-wanita diluar sana untuk membuktikan yang diri mereka sebenarnya boleh berjaya tidak kira usia.

Dengan semangat ingin membantu wanita-wanita ini mencari perjalanan karier mahupun membantu suri rumah untuk mencapai kejayaan dalam diri mereka. Walaupun Cik Audris Kok masih baru dalam industri kecantikan tetapi beliau meletakkan kepercayaan yang tinggi dan hebat apabila seseorang individu mencapai kejayaan yang dilakukan dengan sepenuh hati. Peribadi dan ketrampilan beliau melayakkan menjadi mentor untuk generasi buat wanita yang sudah berkahwin . Beliau juga boleh memimpin dalam perniagaan selain cantik dan berpengetahuan.

Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019 adalah salah satu platform yang eksklusif buat wanita yang telah berkahwin dan juga wanita yang ingin berkongsi kecantikan, bakat dan pencapaian mereka. Kecantikan memanglah antara perkara penting yang dititik beratkan dalam pertandingan terutama pertandingan seperti ini. Dalam pertandingan ini , peserta digalakkan untuk berkongsi dan menyuarakan pandangan peribadi mengenai perkara-perkara seperti kerjaya, pengalaman hidup mahupun peristiwa yang penting.

Pertandingan ini dianjurkan oleh World Alliance MG Alliance Malaysia dan Amazing Platform Sdn Bhd. Uniknya pertandingan ini adalah ianya terbuka kepada semua wanita yang sudah berkahwin termasuk isteri, ibu , mahupun ‘nenek’ . Walaupun jarang usia antara mereka tetapi sebenarnya memupuk persahabatan , menggabungkan budaya dan berkongsi pendapat dalam persefahaman dikalangan mereka dalam memperkasakan wanita.

Matlamat utama Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019 bertujuan untuk mencapai dan mewujudkan keyakinan wanita-wanita Malaysia tanpa mengira usia untuk bertanding, Memberi semangat dan bangga berkongsi bakat demi mewakili negara Malaysia di Asia nanti.  Selepas ini tiada lagi mengatakan yang wanita yang berkahwin perlu duduk dirumah sahaja menguruskan hal-hal kerja di rumah. Dengan cara ini mereka dapat mencabar diri sendiri untuk melakukan apa yang mereka inginkan dari zon selesa dan bersinar dimata dunia.

5 Anugerah Utama bakal di pertandingkan seperti Best in Talent, Best in Evening Gown, Best in Kebaya, Best Popularity, Mrs Photogenic dan Mrs Friendly. Pemenang yang merangkul Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019 bakal mewakili Malaysia di luar negara untuk bersaing gelaran di antarabangsa. Para penel hakim yang berprestij seperti Y.M Tunku Adj Prof Dato’ Sr Dr Fauzi bin Tunu Dato’ Abdul Malek Al Haj, Datin Maylene Yong, Amber Chia dan lain-lain.

Terima kasih buat para penaja seperti X-Beauty & Aesthetic、One World Hotel、The Mod House、Amber Chia、A cut above、Rhea Tan Design、AWG Fine Watches、Alexandre Christie、Wardrobe Solution、Benggy Yeong、Wayne Low、Alphotos、Rosane Loh、dan World Gourmet untuk membantu dan memberi sokongan dalam pertandingan ini. Pertandingan Akhir Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019 bakal diadakan di One World Hotel Petaling Jaya.

Adakah anda yang dicari untuk merangkul Mrs. Malaysia Tourism Queen International Pageant 2019? Kalau anda yakin apa kata anda datang dan sertai Audition untuk pencarian kali ini. Mungkin anda berpeluang memenangi RM 10,000 tunai dan sekaligus dapat mewakili Malaysia dan sekali dalam pengalaman seumur hidup untuk mewakili Malaysia untuk sewaktu di Grand Final nanti. Untuk maklumat lanjut,

Hubungi 010 2131199 / 010 2756188 atau

Email : mrstourism@hotmail.com

Facebook: https://www.facebook.com/Mrs-Malaysia-Tourism-Queen-International



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge