Naim Daniel Kembali Dengan Single Baru Purnama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Naim Daniel Kembali Dengan Single Baru Purnama| Naim Daniel bukan baru dalam bidang hiburan. Nama selalu disebut sebut dengan lagu-lagu yang selalu menjadi juara. Selepas kejayaan berturut-turut lagu ‘Sembah’ dari Naim Daniel pada Februari yang lalu iaitu menjadi juara carta mingguan di Muzik Muzik dan ERA. Berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim terus aktif dalam pembikinan lagu.


Baru-baru ini Naim telah berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli dengan single bertajuk ‘Lara’ yang dapat menduduki #2 trending di Youtube. Kini menduduki #3 dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.

Purnama

Terkini, Naim kembali lagi dengan lagu ‘Purnama’ yang bergenre ballad hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K.

“Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim. Ini kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini.”

-kata Amzar iaitu penulis lirik dan komposer ‘Purnama’

“Lagu Purnama ini ditujukan khas buat mereka yang merindui orang yang mereka kasihi dan sentiasa mendoakan mereka walaupun mereka sudah tiada. Jadi buat semua yang masih hidup, sentiasa hargai dan beritahu keluarga dan rakan-rakan yang rapat bahawa anda menyayangi mereka sebelum terlambat.”

-kongsi Naim tentang lagu Purnama

Bagi lagu ‘Purnama’ ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan emosi dan mental.  Setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, lagu ‘Purnama’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX dan lain-lain.

Tajuk: Purnama
Artis: Naim Daniel
Komposer & Penulis Lirik: Amzar Razqa
Penyusun: Hanis Rafi & Omar K
Penerbit: MyPopMachine
Flute: Mohar
Mixing & Mastering: Audi Mok

Lagu PURNAMA

(Verse)
Tak terungkap kata Aku perlu dia
Menyedari masa Ku rindu Purnamaku
Kemana pergi nya dia Dan ku masih begitu
Jika ditakdirkan begini rasanya Andai ini takdir nya
Terpaksa aku terima Tuhan ku mohon padamu
kuatkan la hati nya

Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu
Ku relakan ikhlas nya (Chorus)
(Chorus)
Ku rindu kan Purnamaku
Doa ku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya

Untuk maklumat lamjut layari

Youtube World Peace Entertainment|

About The Author

1 thought on “Naim Daniel Kembali Dengan Single Baru Purnama”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top