NaelofarXGuardian Tote Bag Eksklusif Musim Panas Sempena Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

NaelofarXGuardian Tote Bag Eksklusif Musim Panas Sempena Ramadan| Tote Bag adalah diantara yang wajib ada dibawa oleh setiap individu. Ini kerana kebanyakkan tempat membeli belah mulai caj beg plastik sebanyak RM0.20 satu. Untuk berjimat dan menjaga alam sekitar disyorkan untuk membawa beg atau beg kitra semula sendiri. Tote bag juga menjadi pilihan untuk dibawa kerana ianya boleh dilipat dan mudah untuk dibawa kesana kemari.

Sempena Ramadan tahun ini, Naelofar berkolaborasi bersama Guardian dalam menghasilkan koleksi NaelofarXGuardian Tote Bag eksklusif musim panas. Mempunyai 3 corak dari Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity. Tote Bag ini merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa, yang juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR.

Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka. Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada Joanna Soh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa ke semasa,”
-kataMs Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd
Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa  ‘Seiring Ramadan’ sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha untuk menawarkan banyak tawaran-tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.  Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah di Guardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa sendiri.
NaelofarXGuardian Tote Bag tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja. Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada.
Nature Beauty
Direka untuk melangkaui norma menuju kemodenan. Penggunaan corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropikal menyerlahkan kecantikan rekaan.
Floral Serenity
Bunga dan rama-rama melambangkan keanggunan dan kecantikan, dengan sentuhan warna-warna berani untuk memberikan lebih rasa perayaan. Direka secara eksklusif untuk mereka
Red Blossoms
Warna bunga iris yang terang yang digabungkan dengan geometri segi empat keemasan untuk memandu mata daripada satu elemen rekaan kepada yang lain. Direka secara eksklusif untuk tampak berani dan elegan
Untuk maklumat lanjut layari



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top