Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Di SFMM35

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nabila Razali Tidak Dapat Membuat Persembahan Di SFMM35|Nabila Razali tak menyanyi? Kenapa ye! Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35).

SFMM35 yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.

Menurut Asrul, pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.

“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,”.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ini pada malam Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini”

-kata Pengurusnya, Mohd Asrul Abdul Talib.

Marilah kite mendoakan agar Nabila Razali kembali pulih! Lagu yang bertanding adalah Peluang Kedua. Sedikit info dikongsi tentang lagu ini .

PELUANG KEDUA

Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini mendapat sambutan dan menjuarai semya carta radio. Bukan setakat itu juga melalui platform streaming juga termask carta RIM sejak dilancarkan pada April lalu.

Muzik video yang hero MK K-Clique telah dipilih. Selain itu ini merupakan hadiah kepada pendengar yang menjadikan lagu ini juara di semua carta radio dan streaming.  Ikuti perkembangan Nabila melalui saluran YouTube Nabila Razali Entertainment



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top