MUSIC

Sampai Jadi Single Terbaru Dari Joe Flizzow Terbaik

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sampai Jadi Single Terbaru Dari Joe Flizzow Terbaik |Artis Sony-Kartel Joe Flizzow melancarkan muzik video single melayu terbarunya berjudul Sampai Jadi hari ini. Beliau bergandingan dengan Alif (SleeQ) untuk single ini dan proses ‘mastering’ disempurnakan jurutera bunyi tersohor dunia iaitu Chris Athens. Muzik video Sampai Jadi bakal ditayangkan secara rasmi buat pertama kali di YouTube saluran SonyMusicKartel Vevo pada 13 April 2018. Sampai Jadi mengambil inspirasi besar daripada pengalaman Joe Flizzow dalam industri muzik yang terus gemilang kariernya sepanjang lebih dua dekad pembabitannya.

Muzik video Sampai Jadi diarahkan oleh Zulamran Hilmi yang turut merekacipta kulit depan single ini. Lagu and muzik video Sampai Jadi boleh dimuat-turun dan stream di portal muzik pada 13 April 2018. 

“Sampai Jadi berkisarkan tentang adab dan tingkah laku yang diperlukan untuk berjaya dalam industri ini. Ia juga sebuah lagu untuk memberi motivasi kepada golongan muda untuk berkerja keras untuk mengecapi impian dan cita-cita. Tiada benda yang mustahil untuk di capai jika ada fokus dan disiplin.”

kata Joe Flizzow.

Single Sampai Jadi

“Muzik video ini adalah gambaran visual kepada lagu itu – di mana Joe mengingatkan audiens bahawa kejayaan umpama pedang dua penjuru. Kita kena sentiasa peka terhadap seseorang, sentiasa merendah-diri, dan sebagai peringatan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup maka terhasillah Sampai Jadi. Konsep video Sampai Jadi diinspirasikan daripada beberapa filem termasuklah Seven Samurai oleh Kurosawa dan Kill Bill (Quentin Tarantino). Tidak mahu membikin video hip hop yang stereotaip, kami menggunakan pendekatan berbeza dengan mentafsirkan setiap lirik lagu kepada visual. Visi kami untuk video ini adalah untuk menekankan status Joe Flizzow sebagai artis yang masih tersohor bukan sekadar pada muziknya malah visualnya juga,”

kata pengarah itu.

Mengenai Joe Flizzow
Joe Flizzow membina reputasi tersendiri sebagai antara bintang hip hop berpengaruh di Asia. Sejak album inggerisnya berjudul President dilancarkan pada 2009 dan memenangi pelbagai anugerah, dia meluaskan perniagaan Kartel miliknya yang kini merangkumi syarikat rakaman (Kartel Records), agensi bakat (Kartel Agency), kolektif DJ (Kartel Hitmen), kedai gunting rambut (Joe’s Barbershop), dan jenama cenderahati (Budak Baek). Beliau turut terbabit dalam proses
menetapkan konsep dan menjadi penerbit eksekutif bersama untuk program Hip-Hoppin Asia di 8TV. Joe Flizzow melancarkan album paling berjayanya Havoc pada 7 Disember 2013 yang turut memuatkan single fenomenanya juga menggunakan judul sama Havoc. Single keduanya Apa Khabar pula berjaya memenangi trofi Lagu Hip-Hop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 21 (yang dikenali sebagai Grammys Malaysia) selain mencipta sejarah menjadi lagu hip-hop pertama memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) sepanjang 29 tahun penganjurannya. AJL mengiktiraf lagu, komposer, penulis lirik, dan vokalis
terbaik setiap tahun menerusi pencalonan dalam carta Muzik-Muzik di TV3.  Pencapaian demi pencapaian serta pengaruh luasnya di rantau ini turut mendapat perhatian daripada jenama berpengaruh dunia termasuklah Hublot, Nike dan Coach.