MUSIC

PROJECTOR BAND Showcase di Quill City Mall 28 Julai 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PROJECTOR BAND Showcase di Quill City Mall 28 Julai 2018 |PROJECTOR BAND telah membuat penampilan khas dan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk “Meskipun Kau Tahu”, “Percaya Hati” dan single pertama mereka “Sudah Ku Tahu” yang dapat menghiburkan orang ramai.Ia diikuti dengan sesi beramah mesra bersama para peminat PROJECTOR BAND.Para peminat yang membeli tiket pada majlis pelancaran ini juga telah mendapat album pertama mereka yang di tandatangani oleh ahli kumpulan PROJECTOR BAND sendiri secara peribadi.

PROJECTOR BAND SHOWCASE

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU.

Image may contain: 5 people

Tiket kini boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP).  Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air.

Image may contain: 5 people

Informasi PROJECTOR BAND:

PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre “band rock” ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar sebagai vokalis, Razif sebagai gitar utama, Isnaidi sebagai gitar kedua, Ahmad  Khusairi sebagai gitar bass dan Syafiq sebagai pemain drum.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR BAND telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik  2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi single yang bertajuk “PASTI ADA KAMU”, “AISYAH”, “MESKIPUN KAU TAHU”, dan “PERCAYA HATI”, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9.

Follow Projector  Band :
Instagram : projectorbandofficial
Facebook  : Projector Band Official
Youtube    : Projector Band Official