MUSIC

Konsert SHIELA ON 7 Buat Para Peminat di Kuala Lumpur 10 Feb 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahteraa

Konsert SHIELA ON 7 Buat Para Peminat di Kuala Lumpur 10 Feb 2018| Siapa yang tak kenal dengan lagenda grup band nyanyian lagu Sephia. Lagu yang meniti di bibir anak-anak muda.  . Grup legenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Duta, Eros, Adam, dan Brian akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018. Konsert dengan durasi dua dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti ‘Sephia’, ‘Pria Kesepian’ ‘Melompat Lebih Tinggi’, ‘ Seberapa Pantas ‘ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018. Tiket-tiket dijual dengan harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket  mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.myticket.asia. Peminat setia  akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Konsert ini juga disokong oleh HOT FM & KOOL FM stesen radio rasmi dand Rentak Sejuta sebagai rakan media. SHEILA ON 7 – LIVE IN KUALA LUMPUR 2018  dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari ww.shirazprojects.com.

Informasi SHEILA ON 7

Pada sekitar tahun 1996, sekumpulan anak muda berkumpul di perkampungan mereka di Yogjakarta atas nama muzik. Terdiri dari Akhiyat Duta Modjo (Duta), Eross Candra (Eross), Anton Widiastanto (Anton), Adam Subarkah (Adam) dan Saktia Ari Seno (Sakti) (ketika itu) mereka bergerak menjadikan muzik atas landasan hobi kepada pekerjaan. Mereka berdiri atas nama Sheila On 7.

20 tahun lalu peristiwa itu berlaku dan momen demi momen tercipta. Kini manis dan pahitnya berkumpul atas nama Sheila On 7 tadi diteruskan oleh Duta, Eross, Adam dan Brian. Mereka pernah melalui masa puncak. Berjalan atas nama populariti yang cukup gah dan juga atas nama penjualan album yang berjaya mencapai penjualan berjuta unit.

Anak-anak band ini juga pernah melalui masa penjualan album terlaris di Indonesia lewat lagu-lagu yang kini dianggap klasik seperti Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi.Mereka juga tidak terlepas melalui masa suram dengan ditandai dengan penurunan jualan album, masalah dalaman grup, keluar masuk anggota band dan pengurus serta berkurangnya kekerapan persembahan pentas.

Namun itu semua tidak memudarkan semangat lelaki-lelaki yang darah mereka mengalir dengan nota muzik dan nafas mereka naik turun dengan semangat anak band. Mereka muncul dengan album Musim Yang Baik pada tahun 2014 dan single Berlapang Dada menaikkan semula nama grup ini di pendengaran dan ingatan khalayak. Dalam sejarah muzik Indonesia, grup ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal sebanyak lebih dari satu juta unit, tiga album berturut-turut.

Sejurus sahaja menawan hati khalayak dengan album perdana mereka yang bertajuk Sheila On 7 (1999), grup yang awalnya menamakan diri mereka sebagai W.H.Y Gank ini meledak dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000) dan 07 Des (2002).  Bukan hanya di tanah air sendiri, malah turut dikenali di Malaysia, Singapura serta Brunei.Antara anugerah yang mereka perolehi sebagai tanda kejayaan mereka ialah Double Platinum Award (album pertama), Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) melalui lagu Dan, Produser Terbaik AMI 99, Album Paling Berkilau, Album Terbaik Sheila On 7, Song of The Year MTV Ampuh, 7 Platinum and Special Achievement Award 2000, Most Favorite Band 2001, Ten Times Platinum 2001 dan Most Favorite Band MTV Indonesia.

Terbaru mereka memenangi anugerah 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman 2009, Best band of The Year NET 2.0 Indonesian Choice Award, Best Album of The Year dan Best Song of The Year di Indonesian Choice Award. Sudah menjadi sebuah kisah klasik akan kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank. Kerinduan ini seharusnya dipersembahkan dengan kemunculan grup ini ke Malaysia.