MUSIC

Konsert Haha & Kim Jong Kook Di Stadium Malawati Pada 2 Mac 2019

oleh

Konsert Haha & Kim Jong Kook Di Stadium Malawati Pada 2 Mac 2019| MacpiePro dengan bangganya mengumumkan dua penyanyi popular dari Korea Selatan, HaHa dan Kim Jong Kook bakal mempersembahkan lagu solo dan duet menerusi persembahan sulung mereka di Malaysia.

Konsert Haha & Kim Jong Kook In 2019 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019, jam 6 petang. Konsep nyanyian Kim Jong Kook yang berentak balada dan gaya muzik reggae HaHa pasti menghasilkan gabungan muzik hebat untuk peminat mereka

Dua sahabat yang digelar ‘Running Man Brothers’ ini mula menjalin persahabatan dalam rancangan realiti popular dari Korea Selatan, ‘Running Man’. Persembahan mereka pasti lebih gempak dengan penampilan istimewa penyanyi reggae dari Korea Selatan, Skull sebagai artis jemputan.

Tiket Konsert Haha & Kim Jong Kook boleh dibeli secara ‘offline’ mulai 19 Januari (12pm) hingga 20 Januari di kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.

Selain kedai gaya hidup digital Mcalls, tiket konsert juga boleh dibeli secara dalam talian di laman web MacpiePro (www.macpiepro.com) mulai 21 Januari 2019 (12pm) dengan harga tiket RM153 (Zon Biru), RM243 (Zon Hijau), RM333 (Zon Ungu), RM453 (Zon Kuning) dan RM493 (Zon Merah).

Pengenalan Artis : HaHa
Penyanyi rap dari Korea Selatan, HaHa, sangat popular dengan gaya muzik reggae dan sering muncul dalam rancangan televisyen serta filem. HaHa juga telah melancarkan satu album studio berjudul ‘The Beautiful Rhyme Diary’ pada Februari 2005.

Sejak tahun 2010, HaHa menjadi salah seorang peserta tetap dalam rancangan realiti ‘Running Man’ dan pernah memenangi anugerah ‘Penghibur Terbaik’ ketika Anugerah Hiburan SBS 2011.

HaHa turut mempersembahkan lagu single beliau yang berjudul ‘Rosa’ ketika majlis anugerah tersebut. Selain itu, HaHa juga berkolaborasi dengan Kim Jong Kook dalam album ‘Volume 7 – Journey Home’ menerusi lagu yang berjudul ‘Words I Want to Say to You’.

Pengenalan Artis : Kim Jong Kook
Kim Jong Kook adalah penyanyi, penghibur dan pelakon dari Korea Selatan yang sangat popular dengan lagu balada. Beliau mula meraih populariti di Asia Pasifik sejak muncul dalam rancangan realiti Running Man dan menjadi salah seorang artis Korea Selatan yang mendapat carian tertinggi di Singapura.

Pada 1 November 2012, Kim Jong Kook membuat kemunculan semula dalam industri muzik dengan melancarkan album studio ketujuh berjudul ‘Journey Home’ yang menampilkan HaHa sebagai gandingannya bagi lagu ‘Words I Want To Say To You’.

Manakala pada Ogos 2016, beliau buat pertama kalinya menyanyikan single berjudul ‘Hate That Happiness Came’ di China.

Mcalls Penaja Titanium HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019
Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro telah bekerjasama dengan Mcalls untuk memberi lebih banyak diskaun menarik kepada Fans. Bagi Fans yang membeli Mcalls HITS Plan dan HITS Deal, mereka berpeluang mendapatkan tiket HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019 pada harga diskaun.

Setiap Fans boleh membeli 2 tiket dengan diskaun 35% dan 2 lagi tiket diskaun 10% (Zon Merah dan Kuning sahaja). Manakala Mcalls Fan boleh menaik taraf kepada HITS Plan untuk menikmati HITS Deal.

Pra jualan HITS Deal akan bermula 14 Januari (12pm) hingga 18 Januari 2019 di laman web Mcalls (www.mcalls.asia) dan kedai gaya hidup digital Mcalls sebelum jualan tiket rasmi dibuka kepada orang ramai pada 19 Januari 2019.